saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 13/08/2008

Anak bekas MB diperintah serah banglo kepada L. Krishnan

KUALA LUMPUR 12 Ogos Dua anak bekas Menteri Besar Selangor, Allahyarham Datuk Hormat Rafei diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk mengosongkan sebuah banglo di Jalan Ampang Hilir, di sini dan menyerahkannya kepada Datuk L. Krishnan yang membeli hartanah tersebut dengan harga RM1.5 juta pada tahun 2003.

Hakim Datuk Aziah Ali juga memerintahkan Mohammad Khair dan Abdul Malek membayar ganti rugi dalam bentuk tunggakan sewaan bulanan yang perlu dibayar kepada Krishnan dengan jumlahnya akan ditaksirkan kemudian oleh Timbalan Pendaftar.

Hakim tersebut memutuskan demikian ketika membenarkan dengan kos tuntutan Krishnan di kamar beliau hari ini.

Beliau turut menolak permohonan lisan peguam Shahabudin Shaik Alaudin yang mewakili dua adik-beradik itu untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan.

Krishnan, 86, bekas pengarah filem yang bertanggungjawab memperkenalkan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ke dunia perfileman, turut hadir di mahkamah.

Krishnan yang kini menguruskan syarikat memproses filem, Gayacolour Laboratory Sdn. Bhd. selaku plaintif diwakili oleh peguam Nicholas Netto.

Beliau memfailkan saman pada tahun 2004 dengan menamakan balu Allahyarham, Datin Sulaimah Marji sebagai defendan. Berikutan kematian Sulaimah pada tahun lalu, pihak defendan telah digantikan dengan Mohammad Khair dan Abdul Malek.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa telah membeli sebidang tanah yang mempunyai sebuah banglo dua tingkat di alamat No. 25, Jalan Kedondong, Jalan Ampang Hilir di sini pada harga RM1.5 juta daripada defendan melalui satu perjanjian bertarikh 16 Jun 2003.

Plaintif mendakwa, beliau telah membuat bayaran penuh melalui cek pada masa perjanjian itu ditandatangani tetapi Sulaimah ketika itu meminta bayaran tunai dibuat kepada ejennya, Abdullah Bacha Md. Ibrahim.

Dakwa plaintif, beliau kemudian memenuhi permintaan defendan dengan membuat bayaran tunai.

Meskipun bayaran telah dibuat dan penyerahan notis kepada defendan, dakwa plaintif, defendan telah gagal mengosongkan hartanah itu mahupun membayar sebarang sewaan bulanan kepadanya seperti yang ditetapkan di bawah perjanjian.

Sementara itu, defendan dalam pernyataan pembelaannya mendakwa bahawa Abdullah yang telah menandatangani surat akujanji untuk membeli hartanah itu dengan harga RM3 juta dan bukannya plaintif.

Defendan mendakwa, Abdullah turut membayar wang tunai lebih kurang RM165,000 sebagai wang pendahuluan tetapi dalam perjanjian jual beli nama pembeli adalah nama plaintif dan bukannya Abdullah.

Dakwa defendan lagi, beliau hanya memperoleh dokumen perjanjian jual beli itu setelah melantik peguam ekoran daripada penerimaan notis yang mengarahkan hartanah itu dikosongkan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.