saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/08/2008

Hajiji kekal Ketua UMNO Bahagian Tuaran

13/08/2008 7:11pm

TUARAN 13 Ogos Ketua UMNO Bahagian Tuaran, Datuk Hajiji Noor menang tanpa bertanding setelah 212 cawangan bahagian itu sebulat suara mencalonkan semula beliau bagi penggal akan datang.

Hajiji merupakan ketua bahagian kedua menang tanpa bertanding di negeri ini selepas Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Libaran.

Bagaimanapun, jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tuaran yang disandang Ali Asgar Basri dijangka berlaku pertandingan apabila Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Abdul Rahman Dahlan menawarkan diri merebut jawatan tersebut.

Setakat ini, Ali Asgar memperoleh 112 pencalonan manakala Abdul Rahman yang juga Setiausaha Pemuda UMNO dan Ahli Parlimen Kota Belud, sudah memperoleh 74 pencalonan.

Abdul Rahman terpaksa melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tuaran kerana melepasi had usia 40 tahun.

Turut disebut-sebut calon yang bakal menang tanpa bertanding di Sabah ialah Ketua UMNO Bahagian Semporna yang juga Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. - Utusan

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.