saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 14/08/2008

Zulkifli Nordin di KL urus kes mahkamahnya

14/08/2008 10:45pm

KULIM 14 Ogos – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang dilaporkan ’menghilang’ sejak Sabtu lalu kini berada di Kuala Lumpur untuk menguruskan kes perbicaraan mahkamah berhubung petisyen pilihan raya yang dikemukakan terhadapnya.

Pembantu Khas beliau, Saari Fadhil Hud berkata, Zulkifli telah menghubunginya bagi memaklumkan perkara tersebut beberapa hari lalu.

Katanya, bekas peguam kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu `meminta diri’ untuk menguruskan kes petisyen yang difailkan bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Shiekh Fadzir terhadapnya untuk didengar di Mahkamah Tinggi Alor Star, Selasa ini.

“Beliau akan pulang ke kawasan minggu depan dan meminta saya untuk menguruskan hal-hal Parlimen Kulim-Bandar Baharu termasuk berjumpa dengan orang ramai bagi menyelesaikan masalah berbangkit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Saari, beliau juga cuba menghubungi Zulkifli selepas demonstrasi bantahan terhadap Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Sabtu lalu tetapi tidak berjaya.

“Namun, beliau hubungi saya kembali dan maklumkan kepada saya bahawa tiada apa perlu dirisaukan,” katanya.

Pada 27 April lalu, Abdul Aziz mengemukakan petisyen bagi memohon Mahkamah Tinggi Alor Star untuk mengisytiharkan keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Kulim/Bandar Baharu yang dimenangi Zulkifli sebagai tidak sah dan batal.

Zulkifli tidak mengemukakan penyata perbelanjaan bertanding di Parlimen Kuala Langat pada pilihan raya umum 2004 semasa penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Zulkifli memperoleh undi sebanyak 22,255 mengatasi Abdul Aziz yang mendapat 16,672 dengan majoriti 5,586 undi.

Semalam, polis sekali lagi menafikan berita yang tersiar dalam beberapa laman blog mendakwa Zulkifli ditahan polis atau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis juga tidak menerima sebarang laporan mengenai kehilangan Zulkifli oleh anggota keluarganya.

Pada 29 September 1998, Zulkifli pernah ditahan di bawah ISA selama 60 hari kerana terlibat dalam gerakan reformasi bersama Anwar dan kali terakhir beliau muncul di khalayak ramai ialah pagi Sabtu lalu ketika menyertai perhimpunan membantah forum itu. — Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.