saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/08/2008

Ampang Medikal papar diari kehidupan doktor

BILA menyebut tentang cerita-cerita atau drama mengenai profesion kedoktoran, Grey’s Anatomy merupakan salah satu contoh drama bersiri yang mengangkat profesion berkenaan.

Memperlihatkan budaya kerja sebilangan doktor pakar di sebuah hospital, ia secara tidak langsung mampu menimbul minat generasi muda untuk bergelar doktor satu hari nanti.

Sungguhpun begitu, di negara ini, pembikinan drama yang mengangkat tema-tema profesion kedoktoran dilihat agak kurang berbanding dengan negara-negara serantau dan barat.

Hanya yang biasa dilihat di layar kaca kebanyakannya memaparkan kerjaya sebagai polis, peguam, wartawan serta golongan korporat.

Sehubungan itu, Grand Brilliance Sdn. Bhd. dan Niche Films Sdn. Bhd., mengambil kesempatan menghasilkan sebuah drama bersiri yang berkisar tentang kerjaya kedoktoran berjudul Ampang Medikal.

Bakal disiarkan di ntv7 pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 21 Ogos ini, drama tersebut mengisahkan pahit manis kehidupan golongan doktor pakar yang berjuang untuk memastikan pesakit masing-masing mendapat rawatan terbaik.

Drama tersebut akan dijayakan oleh Rusdiana Rusdi, memegang watak sebagai Dr. Siti, Julia Ziegler (Dr. Melissa), Nur Aliyah Lee (Dr. Maznah), Azhar Sulaiman (Dr. Amir), Ngasrizal Ngasri (Dr. Idris), Fadzlie Rahim (Dr. Jeffrey), Jag Dave Singh (Dr. Rajesh), Chelsia Ng (Dr. Sui Chen) dan Louisa Chong sebagai ketua jururawat bernama Rachel Soh.

Golongan doktor pakar di Ampang Medikal merupakan yang paling mahir dan penuh dedikasi dalam pengurusan pesakit mereka namun malangnya sering gagal mengendalikan hal peribadi masing-masing.

Sepanjang siri ini, penonton akan sentiasa ditemani dengan suara latar Dr. Siti yang digunakan untuk menceritakan mengenai diari kehidupan penghuni Ampang Medikal.

Justeru, bagi mendapatkan perjalanan cerita dan pengalaman lakonan dalam Ampang Medikal, Hits berkesempatan menemu bual empat pelakon utama drama bersiri terbabit iaitu Rusdiana, Julia, Ngasrizal atau Bell dan Fadzlie pada sesi fotografi di studio Utusan, baru-baru ini.

Pertama kali pegang watak utama - Rusdiana

Pertama kali diberikan kepercayaan memegang watak utama, Rusdiana memberitahu, dia agak ‘cemas’ kerana dilingkungi barisan pelakon berpengalaman.

Masih baru dalam dunia lakonan, namun dirinya berasa bertuah kerana banyak mendapat bimbingan krew produksi serta barisan pelakon lain.

“Memanglah saya rasa takut-takut kerana itu adalah watak utama. Dulu pernah juga berlakon tapi pelakon tambahan sahaja. Watak Dr. Siti adalah seorang wanita kampung yang baru dapat kerja di Kuala Lumpur. Dia seorang yang sangat komited dengan kerja kerana mahu membantu bapanya yang sakit.

“Menarik jugalah drama ini kerana ia sedikit sebanyak memberi pengalaman serta pengetahuan baru dalam hidup saya,” katanya yang berkelulusan Diploma Pemasaran dan Pengiklanan dari Institute Advertising Communication Training (IACT) ini.

Jelas Rusdiana yang juga pengacara program Whoa! di ntv7, dia masih belum dikenali dalam dunia lakonan dan akan berusaha untuk memantapkan lakonannya.

Julia fobia dengan hospital

Pernah terlibat dalam satu kemalangan ngeri pada November 2006, pelakon kacukan Melayu-Inggeris ini mengakui agak fobia dengan hospital.

Mana tidaknya, dalam kemalangan itu, Julia mengalami cedera parah dan terpaksa ditahan selama dua minggu di hospital.

“Dapat pula berlakon sebagai doktor, pada mulanya saya agak fobia namun saya tekadkan semangat kerana lakonan adalah salah satu sumber rezeki. Melalui Ampang Medikal, saya memegang watak seorang doktor yang lantang bersuara, ceria dan agak moden berbanding Dr. Siti.

“Namun, dalam drama itu saya menghadapi masalah peribadi iaitu dengan keluarga dan cinta,” katanya yang akan tampil dengan filem baru berjudul Teman Selamanya.

Jelas Julia, melakonkan watak sebagai seorang doktor amat mencabar kerana ia memaparkan profesion yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

Bell pengsan dan gerun dengan darah

Sementara itu, lain pula cerita Ngasrizal atau lebih mesra dengan panggilan Bell mengenai Ampang Medikal. Mengakui gerun melihat darah, dia terpaksa membuang segala fobia dalam diri demi memastikan penggambaran Ampang Medikal berjalan lancar.

“Dalam Ampang Medikal juga, saya terpaksa menghafal pelbagai terma perubatan yang bukannya mudah untuk dikuasai.

“Saya juga kena simpan janggut dan misai untuk menampakkan kematangan pada wajah kerana saya memegang watak sebagai doktor senior,” jelasnya.

Menurut Bell, satu perkara yang tidak dapat dilupakan mengenai Ampang Medikal ialah ketika dia pengsan sewaktu menjalani penggambaran di Hospital Assunta.

“Saya pun tidak tahu mengapa boleh pengsan dan ditahan sehari dalam wad. Mungkin penat agaknya,” ujarnya.

Fadzlie kaki perempuan?

Wataknya sebagai Dr. Jeffrey membawa lakonan sebagai pakar pediatrik yang kaki perempuan serta jatuh cinta terhadap Dr. Siti. Kekecewaan melanda hatinya apabila gadis itu ditunangkan dengan jejaka pilihan ayahnya.

Menurut Fadzlie, Dr. Jeffrey merupakan seorang yang profesional tetapi disebaliknya, dia masih tercari-cari identiti sehingga sanggup melanggar etika sebagai doktor.

“Ini merupakan drama saya kedua selepas KAMI pada tahun lepas. Memang mencabar kerana ini ada paparan cerita seorang doktor.

“Untuk mendapatkan mood seorang doktor, saya sering merujuk dua sepupu saya yang bekerja sebagai doktor. Mereka berdua adalah bahan rujukan selain menonton drama bersiri Grey's Anatomi,” tambahnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.