saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/08/2008

AS tetap beri perhatian serius kes Anwar

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Amerika Syarikat (AS) mengulangi pendirian akan memberi perhatian serius terhadap kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat pembantunya supaya diberikan keadilan dan ketelusan mengikut undang-undang.

Utusan Khas AS dan Wakil ke Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Sada Cumber berkata, sebagai wakil kerajaan AS, beliau tetap menyokong kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Kedutaan AS di Kuala Lumpur berhubung kes Anwar di sini baru-baru ini.

Katanya, kenyataan media dari kedutaan itu menuntut ketelusan dan aplikasi undang-undang yang adil diberikan dalam kes Anwar bagi meyakinkan institusi demokrasi khusus dalam sistem perundangan dan kehakiman wujud di Malaysia.

Cumber yang ditanya mengenai dakwaan kerajaan Malaysia mengenai campur tangan AS dalam kes Anwar, menjelaskan: ''Semua orang berhak diberikan keadilan mengikut proses perundangan dan sebagai wakil kerajaan AS tetap berpendirian sedemikian.''

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sesi taklimat dengan media tempatan mengenai lawatannya untuk mempromosikan persefahaman di kalangan komuniti Islam di dunia, di sini hari ini.

Kedutaan AS dalam kenyataan akhbarnya di sini mendakwa dalam kes liwat membabitkan Anwar sebelum ini, mahkamah telah menyebelahinya (Anwar) akibat daripada proses perundangan yang tidak adil.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.