saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/08/2008

Camp Rock versi Melayu


BINTANG alih suara Camp Rock (dari kiri), Shawal, Riz, Amylea, Farah dan Adi Fashla.- Gambar FATAH SULAIMAN


PENGHASILAN versi alih suara filem mahupun animasi bukanlah sesuatu yang baru. Ia seperti sudah menjadi trend terkini untuk menarik perhatian lebih ramai penonton untuk menonton sesebuah karya yang dihasilkan.

Terbaru, filem yang berjaya mencecah rating 8.9 juta penonton saluran Disney di Amerika Syarikat, Camp Rock dialih suara ke bahasa Melayu.

Bakal ditayangkan di saluran Disney (saluran 615, Astro) pada 7 September ini bermula pukul 7.30 malam, watak alih suara dijayakan oleh bintang-bintang popular Akademi Fantasia (AF) iaitu Adi Fashla (AF1) sebagai Jason Gray dan Farah (AF2) sebagai Tess Tyler.

Tidak ketinggalan, Amylea (AF3) sebagai Mitchie Torres, Shawal (AF5) sebagai Nate Gray dan Riz (AF6) sebagai Shane Gray.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Walt Disney Television International, Laura E. Wendt pada sidang media versi alih suara filem itu baru-baru ini berkata, pemilihan lima bintang AF itu sebagai memenuhi kehendak semasa penonton berdasarkan karakter dan suara.

Sementara itu, Pengarah, Jenama dan Pengiklanan Astro, Mohamed Adam Wee pada majlis yang sama menyatakan bahawa Disney dan Astro sentiasa berusaha untuk menyediakan hiburan yang terbaik untuk para peminat saluran itu di negara ini.

“Selain kerjasama, ia turut memberi pengalaman dan pendedahan kepada bintang-bintang AF yang terpilih untuk mengetengahkan bakat mereka sebagai penghibur.

“Pada masa akan datang, kerjasama seperti ini akan turut diberikan kepada bintang-bintang lain pula,” katanya.

Versi asal filem Camp Rock dibintangi oleh artis rakaman Hollywood Records iaitu Jonas Brothers yang ditunjangi oleh Joe, Kevin dan Nick.

Turut ditampilkan ialah penyanyi, pengubah lagu serta pelakon, Demi Lovato.

Camp Rock memaparkan dua kisah remaja yang berbakat menulis dan mencipta lagu tetapi berasa ragu dengan impak penerimaan masyarakat terhadap karyanya.

Turut dipaparkan ialah kisah penyanyi muda yang hilang semangat untuk meneruskan kerjaya nyanyian lalu diarahkan keluar dari kumpulannya.

Dalam sebuah kem khas, mereka belajar penuh keazaman untuk mempercayai diri dan menilai kebebasan untuk menjadi seperti yang mereka ingini.

Menceritakan pengalaman sebagai bintang alih suara, kata Amylea, pengalaman tersebut ternyata sukar baginya memandangkan itulah kali pertama dia ‘meminjamkan’ suaranya dalam sebuah filem.

“Bagaimanapun, watak saya dalam filem ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan diri saya yang sebenar,” katanya.

Riz pula menyifatkan bahawa sumbangan suara untuk watak Shane Gray merupakan suatu pengalaman yang cukup hebat dalam hidupnya.

Seperti Riz dan Amylea, Farah turut merasai pengalaman yang menyukarkan.

“Membuat alih suara nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Biarpun saya membuat banyak rujukan tentang watak Tess Tyler tetapi akhirnya perlu juga menjadi diri sendiri dalam alih suara,” kata Farah.

Kata Shawal pula, dia dan Adi berjaya mewujudkan keserasian kerana karakter kelakar dalam diri mereka sama seperti watak dalam filem tersebut.

“Saya berjaya menghabiskan alih suara ini kerana mempunyai nilai sama seperti dalam filem, termasuk percaya dengan diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai impian,” kata Adi pula.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.