saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 19/08/2008

Kisah enam kotak rahsia

BUKIT MERTAJAM 18 Ogos - Kisah enam kotak rahsia kerajaan yang hangat diperkatakan 10 tahun lalu kini berlegar kembali pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Ia ditimbulkan semula oleh bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ezam Mohamad Nor ketika berceramah di Permatang Rawa Hujung di sini semalam.

Menurutnya, enam kotak rahsia itu berada di tangan Anwar dan bukan dipegangnya seperti yang didakwa sesetengah pihak.

''Jika hendak tahu di mana enam kotak (yang dikatakan rahsia besar) ada, kena tanya Anwar. Jangan tanya saya," katanya ketika ditemui selepas ceramah itu.

Isu enam kotak rahsia itu menjadi persoalan banyak pihak khususnya selepas Ezam keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kemudian menyertai semula UMNO Mei lalu.

Isu kotak rahsia itu heboh diperkatakan sejak Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti pada 1998 dan ia dijadikan bahan kempen selepas itu.

Bagaimanapun kewujudan enam kotak itu lenyap sejak empat tahun lalu apabila Ezam keluar daripada PKR dua tahun lepas.

Menurut Ezam, beliau mengaku mengetahui kandungan kotak berkenaan tetapi tidak pernah menyimpannya sejak dahulu lagi.

Tambahnya, kandungan kotak rahsia itu tidak disimpan oleh seorang sahaja tetapi diserahkan Anwar kepada beberapa individu, malah ada yang disimpan di luar negara.

Katanya, kandungan berahsia itu melibatkan beberapa orang menteri tetapi Anwar bertindak selektif dengan hanya mendedahkan anggota Kabinet tertentu.

"Anwar membuat dakwaan berselektif. Sepatutnya beliau mendedahkan kesemua menteri yang berkaitan," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.