saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/08/2008

Tsu Koon perjelas isu Business Focus

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos — Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada awal 1998 telah menasihatkan beliau supaya tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Business Focus Sdn. Bhd. (BFSB) yang gagal melunaskan bagi bayaran bagi pembelian Penang Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. (PSC).

Tsu Koon yang ketika itu pengerusi Penang Development Corporation (PDC) berkata, Anwar campur tangan apabila kerajaan negeri mahu mengambil tindakan terhadap BFSB.

BFSB yang membeli anak syarikat PDC itu bersama tanahnya termasuk satu bidang tanah yang kecil di Pulau Jerejak pada 1992 pada harga RM29 juta gagal melunaskan pembayaran dari akhir 1997 hingga awal 1998, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Tsu Koon berkata demikian sebagai menyangkal kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng pada Ahad lalu yang mendakwa Tsu Koon ialah Pengerusi PDC semasa memegang jawatan sebagai Ketua Menteri, memberi keistimewaan kepada BFSB, mengakibatkan PDC rugi RM9 juta.

Tsu Koon berkata, BFSB, yang diberikan tempoh enam tahun untuk melunaskan RM29 juta bagi pembelian itu membuat pembayaran mengikut jadual sehingga akhir 1997 hingga awal 1998 ekoran kemelesetan ekonomi.

"(Anwar kata) biarkan beliau (Pengerusi Eksekutif BFSB, Tan Sri Amin Shah Omar Shah) pulih dahulu akibat kemelesetan ekonomi," katanya mengimbas kembali perkara itu dan menurutnya, arahan itu dibuat melalui perbualan telefon dan secara bersemuka dan bukan melalui surat.

Beliau berkata, pada pertengahan 1998, kerajaan negeri merundingkan semula pembayaran dan memberikan lanjutan lima tahun kepada BFSB ekoran Anwar memberikan jaminan yang BFSB mempunyai banyak perniagaan dan kontrak daripada kerajaan dan ketika itu sedang membina bangunan PSCI di Northam Road, Pulau Pinang.

"Mereka (BFSB) mempunyai prospek baik dan potensi kerana (ketika itu) Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri (Anwar) memberikan sokongan kuat. Kami merundingkan semula untuk melanjutkan pembayaran bagi tempoh yang lebih lama," jelas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang itu.

Tsu Koon berkata, BFSB kemudian mula membuat pembayaran secara tidak tetap sehingga 2003/2004 apabila ia mula mungkir pembayaran sekali lagi, dan PDC mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat itu yang kini digulung.

"Bagaimanapun, PDC mengutip RM20 juta daripada penjualan PSC dan RM9 juta tidak dikutip," katanya.

Tsu Koon yang menjadi Ketua Menteri dari Oktober 1990 hingga Mac 2008 berkata, PDC menjual PSC kepada BFSB pada 1992 oleh kerana ia mengalami kerugian dan berpendapat, ia urusan yang baik untuk mengatasi kerugian itu.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.