saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/08/2008

Mesyuarat cawangan UMNO ditangguhkan

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Semua mesyuarat cawangan UMNO di seluruh negara telah ditangguhkan sejak 18 Ogos lepas.

Setiausaha Kerja UMNO, Brigadier Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim berkata, penangguhan itu dibuat bagi memberi peluang kepada semua ahli UMNO membantu kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Menurut beliau, selain mesyuarat cawangan, apa juga bentuk majlis anjuran UMNO bahagian juga ditangguhkan buat sementara waktu.

''Surat pekeliling kepada semua bahagian UMNO di seluruh negara telah dihantar dan tidak akan ada mesyuarat cawangan hujung minggu ini,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Mesyuarat cawangan UMNO yang bermula pada 17 Julai sepatutnya berakhir pada 24 Ogos ini.

Ekoran penangguhan itu, Husainay menyeru semua ahli UMNO turun membantu jentera Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh, sepanjang kempen dan menjelang hari mengundi pada 26 Ogos ini.

Menurut beliau, mesyuarat cawangan UMNO akan dimulakan semula dari 30 Ogos hingga 14 September ini.

Sehubungan itu, katanya, semua bahagian UMNO diminta menyusun semula jadual mesyuarat cawangan mengikut tarikh baru yang telah ditetapkan.

''Tidak ada lagi penangguhan mesyuarat cawangan UMNO selepas ini dan semua dijadualkan berakhir pada 14 September ini,'' katanya lagi.

Mesyuarat bahagian UMNO pula akan berlangsung 9 Oktober hingga 9 November manakala Perhimpunan Agung UMNO pula akan diadakan dari 16 hingga 20 Disember ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.