saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 21/08/2008

Exco Perak ditahan BPR, bukti 'kehebatan' pembangkang

BUKIT MERTAJAM 20 Ogos - Penahanan dua Exco kerajaan negeri Perak oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) menunjukkan bukti 'betapa hebatnya' pakatan pembangkang memerintah negeri itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, walaupun pemerintahan pakatan pembangkang di Perak baru mencecah usia kira-kira enam bulan namun penahanan berkenaan menunjukkan slogan bebas dari rasuah tidak diamalkan sepenuhnya oleh parti itu.

"Mereka diberikan lima negeri dan untuk membuktikan betapa hebatnya mereka, belum sampai enam bulan, dah jadi kes begini.

"Ini baru enam bulan. Jadi janganlah nak menyatakan bahawa parti itu lebih baik dari kita," ujarnya selepas mengadakan lawatan ke Bilik Gerakan Wanita UMNO di Tanah Liat di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai dua Exco kerajaan Perak yang merupakan antara enam yang ditahan BPR kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak.

''Selama ini pakatan pembangkang mewujudkan satu persepsi bahawa BN memang tak boleh diharap tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran percaya penahanan itu akan dipolitikkan oleh pembangkang dan perkara itu akan dijadikan isu pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

''Kalau isu sumpah oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan pun boleh dipolitikkan, inikan pula penahanan BPR itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.