saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 22/08/2008

5 termasuk Exco Perak dibebas daripada reman

IPOH 21 Ogos Lima termasuk seorang Exco Kerajaan Negeri Perak yang direman oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana disyaki terlibat dalam sogokan wang lebih RM100,000 dan seks bagi mempercepatkan proses permohonan projek perumahan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dekat sini semalam, dibebaskan hari ini.

Pembebasan itu awal sehari daripada tempoh tahanan yang sepatutnya.

Empat daripada suspek termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Perak, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu, 57, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 5.20 petang ini dengan alasan tempoh reman dua hari sudah mencukupi bagi BPR melengkapkan siasatan.

Pembebasan itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim selepas mendengar permohonan untuk penyemakan semula keputusan tahanan reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret di sini semalam terhadap keempat-empat tertuduh yang dikemukakan oleh lapan peguam bela mereka.

Sementara itu, Mahkamah Majistret di sini pula membenarkan seorang lagi suspek iaitu Fairul Azrim Ismail, 30, dibebaskan pada pukul 3.10 petang ini.

Majistret Noor Aini Yusuf membenarkan ahli perniagaan itu dibebaskan dengan jaminan BPR sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selepas badan itu selesai mengambil keterangan daripadanya.

Bagaimanapun, seorang lagi Exco kerajaan negeri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Jamaluddin Mohd. Radzi, 52, yang direman dua hari bermula pagi ini belum dibebaskan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.