saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 24/08/2008

Misbun Sidek dianugerah gelaran Datuk oleh kerajaan Melaka

24/08/2008 7:36pm

BUKIT MERTAJAM 24 Ogos — Kerajaan Negeri Melaka akan menganugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran datuk kepada jurulatih badminton perseorangan negara, Misbun Sidek, sebagai menghargai jasanya mengharumkan nama negara dalam sukan itu.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, darjah kebesaran itu akan disampaikan kepada Misbun oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Istana Melaka pada Khamis ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) Mengkuang Titi di sini, beliau berkata, jasa Misbun amat besar kepada negara.

“Bukan sahaja beliau berjaya melatih Lee Chong Wei sehingga memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik di Beijing baru-baru ini, malahan beliau sendiri turut mencipta beberapa kejayaan semasa menjadi pemain badminton negara dahulu.

“Kita menunggu berpuluh tahun untuk mendapatkan pingat pada sukan Olimpik dan setelah saya berbincang dengan Yang Dipertua Negeri, beliau bersetuju menganugerahkan darjah kebesaran Melaka iaitu DMSM (kepada Misbun) yang membawa gelaran datuk,” katanya.

Mohd Ali berkata, selain menjadi juara kebangsaan sebanyak tujuh kali, antara kejuaraan yang pernah dirangkul Misbun pada kejohanan antarabangsa ialah Terbuka Jerman, Terbuka Sweeden, Terbuka Kanada, Terbuka Malaysia, Terbuka Taiwan dan Terbuka Singapura dan yang terakhir dipilih sebagai jurulatih terbaik. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.