saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 25/08/2008

Guru sebagai idola gerakan membaca

MANUSIA adalah makhluk Allah yang diciptakan lengkap dengan fizikal dan mental. Kekuatan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini adalah kerana mereka mempunyai akal dan hati.

Minda adalah gelombang positif yang dihasilkan oleh otak, manakala hati adalah hakim yang akan menentukan jalan-jalan yang akan dipilih oleh manusia.

Maka, untuk mengubah nasib sesuatu bangsa, minda dan hati perlu dididik. Didikan sama ada menerusi pendidikan formal mahupun secara tidak formal.

Untuk sesebuah bangsa maju kehadapan, ilmu perlu menjadi agenda utama mereka. Sekiranya ilmu dijadikan agenda utama, maka secara automatiknya agenda-agenda lain akan menyusul, seperti agenda ekonomi, sosial dan politik.

Ilmu terdapat pada setiap zarah kehidupan. Malah ilmu Allah terlalu banyak sehingga sukar dihitung. Kebanyakan ilmu di dunia ini yang telah ditemui manusia telah ditulis, dibuku, dibaca dan diajarkan. Kerana itulah buku dan membaca merupakan kaedah kuno untuk mendapatkan ilmu dan tetap relevan.

Buku dan pembacaan perlu sentiasa dijadikan agenda utama sesebuah bangsa. Ia tidak boleh diperlekehkan sehingga ada persepsi di dalam masyarakat yang memandang buku dan pembacanya dari pandangan negatif.

Cuma persoalannya, bagaimanakah minda dan hati boleh dididik dengan membaca, malah persoalan selanjutnya, bagaimana pula membaca dan buku boleh diletakkan pada tempat yang selayaknya.

Oleh kerana membaca itu umum sifatnya, maka ia tidak boleh dilihat berdiri dengan sendirinya. Ia perlu diselarikan dengan kehadiran guru dan pengamalan. Guru akan membantu sebagai fasilitator ilmu, manakala pengamalan diperlukan sebagai pelengkap kepada proses ilmu.

Untuk menjayakan gerakan membaca, semua pihak perlu bersatu dan memainkan peranan masing-masing. Bermula dari rumah, peranan media massa seperti akhbar dan televisyen, masyarakat setempat, guru dan persekitaran sekolah, sehinggalah pemimpin-pemimpin masyarakat dan negara. Ia tidak boleh bergerak dengan sendiri dan terasing. Ini adalah kerana untuk mewujudkan sesebuah budaya, amalan perlu diterima baik oleh masyarakat.

Untuk mewujudkan sesebuah amalan pula, ia perlu dimulai oleh seseorang individu atau sekelompok manusia di dalam sesebuah masyarakat. Guru merupakan salah seorang agen pengubah yang paling berkesan.

Shaharom TM Sulaiman menerusi buku beliau, Perpustakaan dan Pusat Sumber Sekolah: Dinamisme dan Relevensi, membicarakan peranan guru sebagai penggerak budaya membaca. Menurut Shaharom, tugas guru bukan saja melahirkan pelajar yang rajin membaca, tetapi mencintai dan mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap buku dan ilmu dalam kehidupannya.

Oleh kerana itu, adalah amat penting bagi seseorang guru yang menjadikan ilmu sebagai intipati utama kerjaya mereka, turut menjadikan buku dan membaca sebagai makanan ruji utama mereka.

Rafe Esquith, seorang guru yang telah dianugerahkan Walt Disney American Teacher Award untuk National Teacher of the Year (1992), juga menerima anugerah National Medal of Arts, menceritakan pengalaman beliau menerusi artikel ringkas yang ditulis beliau di dalam buku You've Got to Read This Book! (editor Jack Canfield dan Gay Hendricks, 2007), bagaimana beliau diinspirasikan oleh dua buah buku, The Adventures of Huckleberry dan To Kill a Mockingbird.

Antara kesan mendalam daripada pembacaan To Kill a Mockingbird kepada Esquith ialah kepercayaan beliau terhadap tingkah laku yang baik perlu diperlihatkan kepada para pelajar beliau. Menurut beliau lagi, sekiranya beliau mahu melihat para pelajarnya bekerja keras, ia tidak semestinya menerusi kuliah atau hanya menerusi kata-kata. Malah sebaiknya diperlihatkan dari tingkah lakunya sendiri sebagai seorang guru dan insan yang juga bekerja keras. Seorang guru perlu menjadi idola kepada pelajarnya.

Maka, untuk melihat anak bangsa berjaya menjadi seorang insan yang berilmu, maka guru juga perlu berusaha untuk menjadi seorang insan yang berilmu. Seharusnya, guru perlu membaca buku dan tingkah laku ini perlu secara terus-terang diperlihatkan kepada para pelajar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.