saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 25/08/2008

Tugas berat pengundi

Esok hari penentuan bagi pengundi di Permatang Pauh memilih siapa di antara tiga calon yang bertanding akan menjadi Ahli Parlimen. Adakah undi majoriti mereka akan memihak kepada Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Datuk Arif Shah Omar Shah - Barisan Nasional (BN) atau Datuk Seri Anwar Ibrahim - Parti Keadilan Rakyat (PKR)?

Jika pengundi memilih Presiden AKIM, Hanafi - bermakna mereka telah memberi mesej kepada parti kerajaan dan pembangkang, bahawa orang Permatang Pauh sudah bosan dengan pergolakan politik sekarang.

Jika mereka memberi kemenangan kepada Arif Shah, bermakna mereka mahu dua perkara. Pertama, mereka mahu pembangunan di kawasan Permatang Pauh yang telah 10 tahun gagal dilaksanakan oleh Presiden Keadilan, Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Kedua, pengundi Permatang Pauh sedar dan insaf akan tanggungjawab mereka untuk menghalang agenda meruntuhkan ketuanan Melayu dan mengocakkan politik negara kepada keadaan lebih tidak stabil selepas ini.

Bagaimanapun, sekiranya pengundi masih percaya kepada Anwar maka Penasihat PKR itu akan kembali ke Parlimen dan meninggalkan mereka tanpa meraih pembangunan dan bantuan. Malah mereka turut membantu Anwar melaksanakan cita-cita PKR untuk 'menukar kerajaan'.

Berdasarkan pemerhatian penganalisis politik, Dr. Sivamurugan Pandian, kempen politik yang menawarkan pembangunan kurang mempengaruhi pengundi Permatang Pauh. Jika isu pembangunan menjadi faktor, Wan Azizah tidak mungkin menang pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008.

"Faktor yang menentukan kemenangan calon ialah sikap pengundi Melayu sendiri," kata pensyarah kanan Sekolah Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia ketika ditemui Utusan Malaysia Jumaat lalu.

Ke mana petak undi akan di pangkah pada kertas undi esok bergantung kepada sejauh mana sokongan pengundi Melayu kepada Anwar, Arif atau Hanafi. Semua perkembangan bergantung kepada sentimen Melayu pada saat-saat akhir, apa yang ada dalam kotak fikiran orang Melayu daripada UMNO, Pas, PKR dan mereka yang berada di atas pagar.

Undi orang Melayu akan menentukan siapa yang akan dipilih. Undi daripada kaum Cina dan India masih diperlukan oleh parti-parti yang bertanding bagi mengukuhkan kedudukan. Daripada pemerhatian, penduduk Cina dan India di Permatang Pauh mula terpikat dengan pendekatan calon BN.

Sebelum penamaan calon 16 Ogos lalu, kedudukan PKR untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah 70 peratus, tetapi setelah gerakan kempen kesedaran oleh BN dan memilih calon berwibawa serta dibantu isu-isu semasa, kedudukan sudah seimbang pada hari-hari terakhir kempen.

Ada pemerhati politik di Permatang Pauh yang dihubungi meramalkan peluang 45-45 di antara Anwar dan Arif Shah.

MenghalangApa pun, keputusan di tangan 58,459 pemilih berdaftar di kawasan itu. Adakah mereka akan memberi sokongan atau menghalang niat Anwar untuk 'berkuasa' di Parlimen.

"26 Ogos beri sokongan kepada saya. Jika saya berjaya, 27 Ogos saya akan menjadi Ketua Pembangkang. Saya akan duduk berhadapan dengan Perdana Menteri di Parlimen ketika pembentangan Bajet 2009 pada 29 ogos ini," kata Anwar sambil gelak ketawa penyokongnya ketika berkempen di Semilang Pantai, Seberang Jaya.

Beliau juga berjanji dalam tempoh tiga bulan kepada Pakatan Rakyat, "kita akan selesaikan masalah-masalah Malaysia."

Bagaimanapun Anwar lupa dan tidak melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan pakatan pembangkang di lima negeri yang diperintah sejak lima bulan lalu.

Satu demi satu perubahan yang dilakukan telah mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam serta kedaulatan undang-undang. Institusi Raja Melayu dicabar dan perkara sensitif menyentuh kontrak sosial dalam Perlembagaan Persekutuan cuba dipertikaikan.

Isu terbaru, penangkapan dua Exco PKR di Perak atas dakwaan terbabit dengan rasuah wang dan seks menunjukkan corak kepimpinan pakatan pembangkang yang tidak meyakinkan rakyat.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar tidak habis-habis mengulangi bahawa kemenangannya akan dijadikan platform utama kepadanya untuk mempengaruhi sekurang-kurangnya 30 wakil rakyat BN melompat ke pakatan pembangkang, sekali gus membentuk 'kerajaan baru'.

Ada juga yang percaya selepas daripada tarikh 26 Ogos, pakatan pembangkang bersiap sedia pula untuk menubuhkan kerajaan. Pendek kata pilihan raya kecil Permatang Pauh dijadikan asas utama kepada pemilihan Anwar sebagai Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September 2008.

Sanggupkah orang Permatang Pauh memperjudikan nasib bangsa jika barisan kabinet yang diterajui oleh Anwar lebih menumpukan kepada dasar-dasar kesamarataan dan menafikan hak-hak keistimewaan Melayu dan bumiputera?

Dua bulan lalu dalam Kenyataan Anwar kepada majalah ekonomi, Asia Inc., beliau menyuarakan keinginannya mewujudkan meritokrasi, Malaysian Malaysia dan menghapuskan keistimewaan orang Melayu sekiranya menjadi Perdana Menteri.

Hasrat Anwar itu selari dengan agenda perjuangan DAP. Jelas, DAP menggunakan PKR untuk menyuarakan keinginan itu.

Terserah kepada pengundi Permatang Pauh menentukan bukan sahaja masa depan kawasan mereka tetapi juga negara. Mereka tidak perlu diajar memilih pemimpin. Tetapi mereka perlu diberi maklumat yang tepat supaya undi mereka kelak tidak membawa musibah kepada agama, bangsa dan negara.

Tugas pengundi kawasan itu cukup berat. Adakah mereka berani untuk menghalang seorang pemimpin Melayu yang sanggup mengadu-domba bangsanya sendiri daripada mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh adalah gelanggang pertama untuk orang Melayu membetulkan kesilapan dalam pilihan raya umum lalu dengan memikir semasak- masaknya. Adakah mereka mahu terus menyokong dan sanggup bersekongkol dengan pemimpin PKR untuk mengkhianati bangsa Melayu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.