saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/08/2008

Belum tayang sudah ada sekuel

BELUM pun ditayangkan serta tidak diketahui penerimaan penonton, filem Shh..Dia Datang bakal muncul dengan sekual keduanya. Mungkin ramai yang akan mempertikaikan kenyataan tersebut namun penerbit, Shhh…Dia Datang, Noradz Productions Sdn. Bhd. optimis dengan perancangan tersebut.

Pengarah Urusan Noradz Productions Sdn. Bhd., Datuk Adzhar Sulaiman berkata, setiap penerbit filem perlu berani mengambil risiko demi memastikan industri perfileman maju ke hadapan.

“Memang kita belum tahu sambutan Shhh..Dia Datang kerana belum ditayangkan. Tapi kami sudah ada perancangan sendiri untuk menerbitkan sambungannya. Kami tidak kisah dengan risiko kerana apa yang penting kami mahu industri ini berkembang.

“Oleh itu, kita perlu berani mencuba barulah kita tahu hasilnya. Malah kerana berani ambil risikolah kami berani juga mengambil Apek untuk mengarahkan filem ini,” katanya ketika ditemui pada majlis meraikan kedatangan Ramadan bersama-sama pelakon filem tersebut baru-baru ini.

Shhh..Dia Datang membariskan pelakon-pelakon seperti Apek, Aaron Aziz selain menampilkan pelawak-pelawak yang juga pelakon-pelakon asal siktom Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Zami Ismail, Imuda dan Ahmad Busu.

Menyambung perbualan, Adzhar berkata, filem tersebut kini sedang menjalani proses suntingan dan dijangka ditayangkan pada Februari tahun hadapan.

Bagi merealisasi Shh...Dia Datang, Adzhar menjelaskan, pihaknya sanggup mengeluarkan modal yang besar iaitu RM2.5 juta bagi filem sulung terbitan syarikatnya.

“Untuk menghasilkan filem komedi sebenarnya memerlukan kos yang besar. Banyak benda perlu diambil kira. Sebagai contoh para pelakonnya kita ambil pelakon komedi senior dan tidak mungkin mereka dibayar ala kadar sahaja. Bagi saya kualiti itu penting. Bila kita bayar lebih, jadi kita akan dapat hasil yang baik,” tambah beliau.

Meneruskan perbualan jelas Adzhar, meskipun ramai mempersoalkan barisan para pelakon filem tersebut yang dilihat kurang komersial namun Adzhar tidak gentar dan gundah.

“Mereka semua veteran dalam lawak jenaka. Saya tidak khuatir dengan penerimaan khalayak apa yang penting saya mahu menghasilkan sebuah filem yang mampu memberikan sebuah kepuasan kepada khalayak apabila menontonnya kelak,” katanya lagi.

Pada majlis tersebut antara pelakon yang hadir ialah Kuna, Imuda, Accapan, Shukery Hashim dan Airis Yasmin.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kekuatan filem tersebut sambil tersenyum jelas Adzhar, “Filem ini sangat istimewa kerana menggabungkan pelakon komedi terbaik masa kini dan otai-otai komedi. Saya yakin pastinya penonton juga ternanti-nanti tayangan filem ini kelak.”

Shhh...Dia Datang mengisahkan dua pemuda iaitu Edd (lakonan Aaron Aziz) dan Enol (Apek) yang bercita-cita menjadi orang filem.

Bagaimanapun, mereka menghadapi pelbagai dugaan untuk mengecapi impian mereka itu. Malah kehidupan mereka menjadi lebih huru hara selepas mengenali Datin Kat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.