saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 26/08/2008

Tarian tiang untuk kecergasan


Dua peserta menunjukkan gaya masing-masing menarikan tarian tiang.


TARIAN tiang atau pole dancing mungkin membawa konotasi negatif kerana sesetengah pergerakan tarian tersebut berunsur erotik. Tarian yang popular di Barat ini diminati dan ditarikan oleh beberapa bintang Hollywood seperti Teri Hatcher, Jolin Tasi dan Carmen Electra (sekadar menyebut beberapa nama)

Kini tarian tiang mula menjalar dan diminati di kalangan rakyat Malaysia dengan dibuat sedikit pengubahsuaian bagi disesuaikan dengan budaya negara, matlamat dan tempat ia ditarikan.

Malah, tarian tiang kini diperkenalkan di pusat-pusat kecergasan sebagai salah satu teknik senaman yang menyihatkan badan.

Tarian ini merupakan sejenis senaman yang menggerakkan keseluruhan tubuh, membakar kalori, menambah stamina dan boleh mengempiskan perut, punggung dan paha.

Salah seorang jurulatih tarian tiang dari Studio Viva Vertical di Sri Hartamas , Kuala Lumpur, Emily Tan berkata, walaupun tarian tiang masih baru di Malaysia namun sebenarnya ia mulai popular di Asia sejak dua atau tiga tahun lalu.

Malah tarian ini banyak ditarikan di studio-studio kecergasan atau studio tarian di negara-negara China, Jepun, Singapura dan Taiwan.

Beliau yang mesra dengan panggilan Lola, mengakui mempelajari tarian tiang daripada jurulatihnya yang telah 10 tahun mengajar tarian tersebut di United Kingdom.

Katanya, pada masa ini studio tersebut mempunyai ramai pelajar daripada pelbagai peringkat umur.

“Tidak ada kriteria tertentu atau had umur bagi sesiapa yang ingin mengikuti kelas tarian tiang kerana tarian ini menyeronokkan dan merupakan sejenis tarian baru

“Majoriti pelajar kami terdiri daripada golongan profesional yang berumur lebih 25 tahun. Pelajar paling muda berumur 17 dan veteran berumur 50 tahun,’’ ujar gadis kecil molek ini.

Lola juga merupakan jurulatih yang dipilih bagi Pertandingan Tarian Tiang Amatur Clorets Dark Secret, anjuran Clorets.

Seramai 15 peserta telah terpilih dan berpeluang menunjukkan bakat masing-masing dalam menarikan tarian tiang di pusat kecergasan Celebrity Fitness Bangsar Village 2, sempena fasa kedua pertandingan itu. .

Mereka telah terpilih daripada sejumlah 75 penyertaan yang diberi pemarkahan berdasarkan ketelusan, teknikal dan nilai artistik.

Setiap peserta memberikan video yang merakamkan persembahan tarian mereka mengikut tarian yang telah ditunjuk ajar kepada mereka.

Mereka dijangka akan memberikan persembahan hebat lagi sengit pada pertandingan akhir yang akan diadakan pada 5 September depan di Zouk Club KL bermula pukul 6.30 petang.

Menurut Pengurus Jenama Kanan Cadbury, Claire Dominic, pihaknya tidak menyangka dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada masyarakat Malaysia memandangkan tarian tiang masih baru di negara ini.

“Bagi mempastikan setiap persembahan yang diberikan adalah berkualiti dan adil, kriteria pemarkahan dibuat berpandukan pada syarat-syarat yang diberikan oleh penari-penari tarian tiang profesional.

“Kami berbangga kerana dapat mengenengahkan 15 peserta akhir ini yang memberikan persembahan dengan penuh keyakinan, berkeupayaan daripada segi teknikal, berkebolehan dan kreatif. Kesemua mereka akan dilatih oleh penari-penari tarian tiang profesional,’’ kata Dominic.

Salah seorang peserta, April Yim Meng Lai, 24, atau nama pentasnya April aka Miss Delicious yang akan mempersembahkan tarian tiang hip hop berkata, ini merupakan pertandingan tarian tiang yang pertama disertainya.

Walaupun sebelum ini dia tidak pernah menari namun April nampak seronok dengan aktiviti barunya itu.

Bagi memperlengkapkan dirinya dengan selok-belok tarian tiang, dia mengikuti kelas tarian tersebut selama enam bulan dan mendapat latihan daripada jurulatih tarian tiang profesional.

Menyeronokkan

“Tarian ini berbeza dengan tarian lain yang pernah saya lihat. Pergerakannya perlahan, lemah-lembut, mengajar kita berkeyakinan pada diri sendiri dan amat mencabar,’’ kata Eksekutif Pemasaran di Wijaya Medium Centre ini.

Lita Tan Sean Sean atau nama pentasnya Lita, 25, yang memilih tarian eastern berkata, dia telah lama mengetahui mengenai tarian tiang sebelum menyertai pertandingan ini lagi.

“Walaupun tarian ini nampak pelik atau bagi sesetengah orang seksi, sebenarnya ia tidaklah seksi sangat. Saya rasa teruja bila mengetahui negara kita juga ada tarian tiang.

“Tarian tiang ini menyeronokkan, lain daripada lain dan sebagai salah satu cara senaman. Tak payahlah buat senaman berat kerana tarian tiang pun dah cukup bagi menggerakkan semua anggota badan,’’ ujar arkitek di Proximity BBDO ini.

Sementara itu, Isaac Wong Zing Loong atau nama pentasnya, Isaac, 19, remaja yang memang suka menari ini berkata, ini merupakan pengalaman barunya kerana dapat menyertai pertandingan tarian tiang di bawah bimbingan jurulatih profesional.

Menurutnya, tarian tiang bukan khusus untuk wanita sahaja malah lelaki juga boleh menari tarian tiang malah dia percaya lelaki boleh melakukannya lebih baik daripada wanita.

“Sebagai persiapan ke peringkat akhir, saya banyak melakukan latihan menggunakan kreativiti sendiri serta berpandukan daripada video penari-penari tiang antarabangsa,’’ ujar remaja ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.