saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 26/08/2008

Pas terus bantah konsert Avril Lavigne

26/08/2008 3:27pm

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Pas hari ini membantah penganjuran konsert artis Avril Lavigne pada Jumaat ini kerana menganggap ia satu penghinaan kepada Malaysia yang akan menyambut ulang tahun kemerdekaan dan umat Islam yang akan menyambut Ramadan.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, menjelang sambutan kemerdekaan, lazimnya kerajaan akan menganjurkan majlis tahlil di seluruh negara dan forum untuk motivasi rakyat khasnya anak-anak muda supaya mewarisi semangat patriotisme.

“Konsert seperti ini tidak akan membantu menjadikan generasi muda sebagai rakyat yang baik, bermoral dan berdaya saing, sebaliknya hanya melemahkan moral dan mental mereka dan sekali gus mengheret mereka tenggelam di bawah gelora nafsu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, Pemuda Pas menuntut agar konsert ini dibatalkan dan tidak teragak-agak untuk mengadakan bantahan sekiranya pihak penganjur berkeras untuk menganjurkannya.

Konsert itu pada mulanya tidak diluluskan kerana tidak mematuhi prosedur memandangkan penganjur perlu mengemukakan permohonan tiga hari bekerja sebelum mesyuarat mingguan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Penganjur konsert bukan sahaja lewat mengemukakan permohonan iaitu pada 11 Ogos lepas, sehari sebelum mesyuarat Puspal, malahan membuat promosi terlebih dulu sebelum mengemukakan permohonan.

Minggu lepas, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Kabinet meluluskan konsert itu berdasarkan `budi bicara’. — BERNAMA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.