saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 27/08/2008

Seramnya Kekasihku Seru

LEWAT kebelakangan ini, Papa cukup kagum dengan industri penerbitan drama di negara kita yang semakin pesat.

Papa juga dapat banyak maklum balas daripada peminat dan penonton setia drama tempatan yang mereka cukup puas hati dengan drama tempatan.

Kata mereka, kualiti drama Melayu semakin meningkat dan membuatkan mereka begitu teruja untuk menontonnya.

Papa hanya mampu tumpang gembira dengan penerbit drama tempatan yang begitu gigih memberikan yang terbaik buat penonton.

Cuma, Papa harap sangat kalau dah banyak peluang diberikan kepada mereka, jangan sesekali abaikan kualiti. Kalau mahu penonton kita terus menonton drama anak tempatan, maka, penerbit harus mementingkan kualiti.

Dalam hal ini, Papa suka sekali memberikan contoh drama bersiri Kekasihku Seru yang kini ditayangkan di TV3 setiap hari Khamis pukul 9.30 malam menerusi slot Seram.

Memang bagus sungguh drama ini. Baik dari aspek teknikal, jalan cerita mahupun lakonan, semuanya mantap. Tengoklah siapa pengarah dan penulis skripnya kalau bukan Kabir Bhatia dan isterinya, Mira Mustaffa yang tidak pernah mengecewakan.

Apa yang boleh Papa kata Kekasihku Seru memang betul-betul seram. Sehinggakan Papa yang selalu menonton drama berkenaan bersama ibu tercinta akan menjerit setiap kali imej seram muncul dalam drama berkenaan.

Kepada yang belum menonton Kekasihku Seru, Papa harap baik anda tonton drama berkenaan kerana anda pasti akan puas hati dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi drama ini.

Papa yakin kalau Kekasihku Seru dibikin dalam bentuk filem, pasti meletup dan mampu memberikan impak yang besar. Apa pun, tahniah Kabir dan Mira!

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.