saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 28/08/2008

Seniman Ahmad Mahmud meninggal

PETALING JAYA, 27 Ogos - Seniman seangkatan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Ahmad Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ahmad Mahmud, 85, meninggal dunia malam ini akibat penyakit buah pinggang.

Anaknya, Rogayah berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10 malam di rumah keluarganya di Kampung Tunku di sini.

Seniman yang popular dengan watak Dr. Ismadi menerusi filem Ibu Mertuaku itu menerima rawatan di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar sejak 22 Julai lepas sebelum dibawa pulang ke rumahnya.

"Bapa menghidap penyakit buah pinggang sejak tujuh tahun lepas dan baru sepuluh hari berada di rumah selepas dirawat di Pusat Perubatan Pantai," katanya ketika dihubungi malam ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Hadijah Mohamad, tiga orang anak dan sembilan cucu.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor esok.

Ahmad Mahmud, anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan memulakan kerjayanya seawal tahun 1951 sebagai pelakon utama dalam filem Matahari.

Dengan memiliki wajah tampan, Ahmad Mahmud pernah memegang watak sebagai Hang Jebat dalam filem Hang Tuah pada tahun 1956 bersama P.Ramlee.

Sehingga kini, Ahmad Mahmud telah berlakon dalam lebih 20 filem, antaranya Istana Impian, Hang Tuah, Ibu Mertuaku, Dayang Senandung, Isi Neraka, Raja Bersiong dan Lela Manja.

Ahmad Mahmud pernah terlibat sebagai pengarah, penerbit, cerita dan lakon layar asal dalam empat buah filem iaitu Mama Oh Mama (1981), Dendam Dari Pusara (1983), Mei 13 dan Komplot (1984).

Ahmad Mahmud juga dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik di Festival Filem Malaysia ketiga pada tahun 1983 menerusi filem Dendam Dari Pusara arahan beliau sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.