saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/08/2008

Chong Wei kini bergelar Datuk


ABDUL Rahman Abbas bersalam dengan Lee Chong Wei selepas menganugerahkan pingat DSPN sambil diperhatikan oleh Majimor Shariff di Seri Mutiara, Pulau Pinang, semalam.


PULAU PINANG 28 Ogos - Jaguh badminton negara, Lee Chong Wei dianugerahkan pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk sebagai menghargai kejayaannya menyumbang pingat perak pertama negara dalam acara badminton perseorangan pada Sukan Olimpik Beijing, baru-baru ini.

Chong Wei, 26, anak kelahiran Bukit Mertajam dan pemain nombor dua dunia menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN).

Anugerah itu disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Seri Mutiara di sini hari ini.

Turut hadir adalah isterinya, Toh Puan Majimor Sharif dan ibu bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 55, dan Khor Kim Chooi, 54.

Semalam, jurulatih beliau, Misbun Sidek turut menerima Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk daripada Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob.

Sebelum ini, pada 19 Ogos lepas, Chong Wei menerima ganjaran sebanyak RM300,000 dan pencen bulanan RM3,000 bermula 1 September ini di atas kejayaan beliau dalam kejohanan terbesar dunia itu.

Sementara itu, Chong Wei yang ditemui selepas majlis itu menyuarakan harapan agar gelaran yang diterima dapat menaikkan lagi semangatnya untuk menghadapi kejohanan badminton akan datang.

''Selepas ini, saya akan menyambung latihan untuk menghadapi kejohanan Terbuka Jepun pada 14 September ini yang mana saya adalah juara bertahan.

''Saya harap gelaran ini memberikan keyakinan tambahan untuk saya agar dapat melakukan yang terbaik di kejohanan itu nanti,'' ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya sama ada beliau ingin bertemu dengan pemain China, Lin Dan jika berjaya melayakkan diri ke akhir, beliau memberitahu;

''Sehingga sekarang saya tidak tahu lagi sama ada dia (Lin Dan) akan menyertai kejohanan tersebut tetapi yang pasti saya akan berikan terbaik kerana saya adalah juara bertahan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.