saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/08/2008

Jentera pilihan raya Barisan Nasional perlu berubah

KEPUTUSAN sudah dimuktamadkan. Rakyat telah memilih calon yang mereka harapkan dapat membela kepentingan mereka untuk tempoh lima tahun ini. Maka Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi memperolehi gelaran Yang Berhormat dan hadir ke sesi persidangan Parlimen dalam uniform yang berbeza. Dahulunya sebagai anggota pemerintah tetapi kini menjadi Ketua Pembangkang.

Penganalisis politik mungkin sudah ada yang dapat meneka keputusan awal pilihan raya kecil berkenaan. Tetapi, tidak kurang juga yang mentafsir sebaliknya berdasarkan pelbagai strategi yang diperkenalkan oleh Barisan Nasional (BN).

Apabila keputusan diumumkan dengan perkiraan jumlah undi BN:15,524, PKR:31,195 dan AKIM:92 undi maka semakin terpinga-pinga jentera pilihan raya BN.

Angka itu jelas menunjukkan prestasi BN bukan semakin meningkat tetapi semakin merosot 1,426 undi. Walhal, usaha yang dibuat bukan sedikit dan perbelanjaan yang dikeluarkan juga tentulah besar jumlahnya.

Meskipun BN mengambil sikap under- dog tetapi matlamat untuk sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti PKR sepatutnya boleh dicapai. Kerana jentera BN kali ini bukanlah bertaraf ikan bilis, tetapi sudah di peringkat raksasa.

Membandingkan dengan kemudahan yang dimiliki pihak lawan jelas senario tentulah berpihak kepada BN. Inilah teka-teki yang perlu dicari jawapannya. Ia wajib diselesaikan dengan segera sekiranya UMNO dan BN mahu kesinambungan era pemerintahan mereka tidak segera berkubur.

Daripada pengamatan yang dibuat, ternyata sumber manusia dalam jentera BN masih berada di takuk lama. Meskipun pelbagai isu dibawa tetapi kupasan yang diberikan tidak langsung meyakinkan malah mendatangkan mual kepada pengundi. Baik dari segi isu nasional seperti kenaikan harga bahan api, tambang pengangkutan awam, kenaikan harga barang sehinggalah kepada isu-isu peribadi Anwar juga lebih meraih simpati kepada pembangkang.

Pemimpin PKR itu sebenarnya bukan seorang 'dewa' yang tidak boleh ditumbangkan. Malangnya, peluru dan tentera yang digunakan merupakan order lama yang sudah tamat tempoh dan tidak lagi relevan. Ia bukan sesuatu yang sinikal, tetapi cuba amati secara terbuka tentunya kita akan dapati bahawa ia adalah satu fakta besar yang benar-benar tidak diberi perhatian.

UMNO dan BN bagaikan sudah ketandusan darah muda yang berkaliber hasil daripada monopoli kuasa dan kawalan tampuk hierarki yang berterusan yang diamalkan sejak sekian lama. Para pemimpin cawangan dan bahagian sudah memonopoli kepimpinan parti seperti menjadi hak milik peribadi, keluarga dan kroni sehingga tunas-tunas baru yang berkualiti telah dicantas sebelum tumbuh berkembang.

Perkara sebaliknya berlaku di pihak pembangkang. Tokoh muda dialu-alukan, dipupuk, dibaja, disokong dan didokong sehingga mereka amat menyerlah, berani dan berkeyakinan tinggi. Dengan daya juang yang kukuh, pentas yang terbuka mereka telah didoktrin melalui falsafah perjuangan yang total tanpa imbuhan materialistik.

Kita mesti melihat falsafah ini dengan hati terbuka. Perubahan yang diharapkan berlaku dalam UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) hanyalah setakat gimik dan masih lagi ditakuk lama serta terus mengamalkan budaya yang sama. Lihat sahajalah perebutan jawatan yang berlaku dalam mesyuarat cawangan dan bahagian UMNO yang sedang berjalan sekarang.

Sekiranya UMNO masih mahu mengekalkan tampuk kuasa, ia perlu merombak seluruh struktur parti yang ada sekarang.

Kita sudah sampai ke penghujung, tidak perlu mengekang tali dan meregang urat tengkuk bagi menegakkan benang yang sudah sedia basah. Perubahan bukan setakat logo atau moto dan tidak juga pada kata-kata. Ia perlu dipamerkan dengan fakta dan bukti kesungguhan.

Seruan untuk seluruh rakyat negara ini, kita sebenarnya tidak perlu menukar baju hanya kerana ia sudah tercemar atau terpalit noda. Mari kita bantu untuk membersihkan baju berkenaan dan laksanakan penambahbaikan terhadapnya supaya ia bukan sahaja sesuai dengan budaya yang telah tertanam sekian lama, tetapi kita perlu mengelak berlakunya agenda 'cuba try' sehinggakan menghasilkan tragedi seperti melanda hampir di kesemua negara jiran kita. Tidak semestinya yang baru itu lebih baik, dan tidak semestinya juga yang lama itu buruk.

- DR. AHMAD ZAKI ISMAIL

Rawang, Selangor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.