saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/08/2008

Pertembungan ideologi politik

SEBUAH akhbar berbahasa Inggeris menyiarkan satu artikel yang antara lain mengatakan bahawa menurut data pengundi, UMNO kurang mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi muda (umur antara 20-an hingga 30-an). Bagaimanapun, UMNO masih merupakan pilihan utama kepada generasi yang lebih tua.

Ia bermaksud, jika anda (daripada generasi muda) menyokong PKR, kemungkinan besar ayah dan ibu anda menyokong UMNO dan BN.

Kenapa berlaku pertembungan ideologi generasi muda dengan yang lebih tua?

Secara perbandingan, penulis dapati bahawa generasi tua memandang UMNO dari segi asasnya (core) iaitu perjuangan dan jasanya kepada mereka. Generasi itu membesar dan dapat menyaksikan sendiri perubahan pembangunan dan keselesaan yang dinikmati rakyat hasil perjuangan UMNO sejak sebelum merdeka lagi.

Mereka telah menyaksikan di depan mata mereka sendiri setiap detik transformasi yang berlaku, negara yang susah dan mundur menjadi sofistikated dan moden, kekampungan berubah menjadi kosmopolitan, imej yang serba kurang menjadi Malaysia yang dikenali dan dikagumi penduduk dunia, prasarana negara yang daif menjadi serba lengkap dan tidak pernah terfikir sebelum ini.

Fakta-fakta di atas merupakan intipati perbualan jika kita menanyakan pendapat generasi yang lebih tua.

Penulis sendiri sering bertanya dan rata-rata golongan tersebut mempunyai persepsi yang identitikal dan kukuh. Pertimbangan mereka lebih menyeluruh serta berlandaskan kematangan serta pengalaman dan tidak begitu emosional serta tidak senang dikelirukan.

Persepsi serta konsep politik tersebut amat berbeza dengan generasi muda hari ini. Generasi muda hari ini dilahirkan di dalam negara yang serba baik dan moden.

Tiada lagi perjuangan berkelompok tetapi lebih kepada perjuangan individu untuk hidup dalam era yang mencabar ini. Pekerjaan, makan minum dan tambang pengangkutan merupakan misi terpenting dalam agenda seharian generasi muda.

Dalam masa yang sama, peningkatan taraf pelajaran telah menyediakan generasi muda yang lebih berilmu serta kritikal dan sering terjebak dalam kekeliruan serta dahagakan penjelasan yang konkrit ke atas kekeliruan tersebut.

Generasi muda juga disediakan prasarana yang sangat canggih sehingga mampu menjalinkan networking serta dapat berhubungan sesama sendiri dengan pantas dan murah.

Dalam hal ini, elok kita bertanya:

1. Apakah Pemuda UMNO pernah terfikir cara-cara untuk menarik minat puluh ribuan Melayu lepasan sekolah menengah, kolej dan universiti yang keluar setiap tahun?

2. Apakah yang berlaku?

3. Apakah Pemuda UMNO tidak mahu menyuntik idea, ilmu serta kepakaran puluhan ribu Melayu muda ini ke dalam parti tersebut?

4. Apakah mereka dipinggirkan begitu sahaja sehinggakan lebih tertarik kepada parti politik yang lebih terbuka dan tidak takut menerima Melayu yang lebih pandai dalam organisasi mereka?

Hipotetikalnya, Pemuda UMNO akan menyaksikan penambahan ahli baru dengan kemasukan lepasan kolej dan universiti itu tetapi ia tidak berlaku.

Dan jika berlandaskan kepada corak pemikiran generasi muda di Permatang Pauh serta kemungkinan berlaku pilihan raya kecil di tempat lain, Pemuda UMNO perlu muhasabah diri serta memperbetulkan strategi politik mereka dengan segera sebelum terlewat.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.