saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 30/08/2008

Kajang-Seremban lebih cepat




SEMENYIH 29 Ogos - Kapasiti penduduk yang semakin bertambah serta permintaan tinggi terhadap jalan alternatif ke sesuatu tempat menjadikan pembinaan lebuh raya semakin diperlukan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas serta memendekkan masa perjalanan.

Oleh yang demikian, pembinaan lebuh raya menjadi satu keperluan kepada pengguna masa kini terutama bagi yang mementingkan waktu.

Justeru, pembukaan Lebuh Raya baru iaitu Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) dilihat hadiah yang sangat bermakna sama ada kepada penduduk bandar atau kampung di sekitarnya.

Pembinaan Lekas yang merentasi 10 buah kampung di sekitar mukim Semenyih akhirnya siap pada 22 Ogos lalu setelah beberapa tahun tergendala dengan mengadakan perjanjian baru pada Disember tahun 2006, dan kini dibuka kepada pengguna.

Lebuh raya sepanjang 44.3 kilometer (km) itu menghubungkan pengguna dari Kajang ke Seremban dengan beberapa persimpangan keluar seperti Semenyih, Pajam, Mantin, Ampangan, Setul, Nilai dan Paroi.

Secara keseluruhan, pembinaan Lekas ini dibahagikan kepada tiga pakej utama iaitu pakej satu yang kini dibuka kepada pengguna yang melibatkan pakej satu A (1A) dan satu B (1B), pakej dua A (2A) dan dua B (2B) serta pakej tiga.

Bagi pakej satu ia melibatkan lebuh raya sepanjang 18.2km dan terbahagi pula kepada pakej 1A iaitu sepanjang 1.44km yang menghubungkan Kajang dengan Jalan Semenyih dan telah mula digunakan pada 15 Mac 2004.

Difahamkan, pihak konsesi telah berjaya menyiapkan pembinaan pakej satu lima bulan lebih awal daripada jadual sebenar dan ia dibina berdasarkan konsep tiga lorong sehala dengan had kelajuan 110 kilometer sejam.

Bagi pakej 1B pula melibatkan lebuh raya sepanjang 16.76km iaitu bermula dari Jalan Semenyih hingga ke bandar Pajam dan jajaran ini telah siap pada 3 Julai lalu manakala bagi pakej 2A pula, melibatkan Persimpangan Bertingkat Pajam hingga ke Persimpangan Bertingkat Mantin dan dijangka siap pada 31 Disember ini.

Bagi pakej 2B yang melibatkan susur keluar ke Setul dan Ampangan, ia dijangka dibuka kepada pengguna pada Mac 2010 manakala dari Setul ke Paroi dijangka lebih awal iaitu pada tahun 2009 memandangkan ia beroperasi menggunakan sistem tol secara terbuka.

Lekas menyediakan tiga buah plaza tol di pakej satu iaitu Plaza Tol Kajang Selatan, Plaza Tol Semenyih dan Plaza Tol Pajam yang telah dibuka dan akan beroperasi secara sistem tol tertutup iaitu menggunakan tiket. Lebuh raya ini juga dilengkapi dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) iaitu R&R Beranang arah selatan dan arah utara.

Kedua-dua R&R tersebut akan mula beroperasi selepas Hari Raya dan ia menyediakan kemudahan seperti surau, tandas, 20 buah gerai serta wakaf rehat.

Percaya atau tidak, jika sebelum ini perjalanan anda dari Nilai ke Kajang mengambil masa 30 minit kini mampu dipendekkan sehingga 10 minit sahaja dengan menggunakan lebuh raya baru ini.

Lebih berbaloi sekiranya anda dari sekitar Kajang Selatan menuju Semenyih yang hanya mengambil masa lima minit sahaja tanpa perlu menghadapi kesesakan di jalan lama.

AlternatifBagi pengguna yang ingin menggunakan Lekas, mereka mempunyai dua laluan alternatif untuk memasukinya iaitu dengan menggunakan Lebuhraya SILK dan Lebuhraya Grand Saga.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd., Neoh Soon Hiong berkata, lebuh raya berkenaan bukan sekadar menjanjikan tempoh perjalanan yang pendek namun turut menjadi pemangkin kepada pembangunan di kawasan sekelilingnya.

Ujarnya, apa yang lebih penting, kewujudan lebuh raya tersebut sudah pasti membantu kawasan kampung di sekitarnya terutamanya Semenyih, Beranang, Nilai dan Kajang membangun di samping menaikkan nilai tanah.

Katanya, lebuh raya berharga kira-kira RM1.8 billion itu dijangka secara tidak langsung akan menjana pembangunan serta kemajuan di kawasan kampung tersebut dari segi ekonomi dan sosial.

Tambahnya, selain itu, pengguna juga mempunyai pilihan perjalanan selain menggunakan jalan sedia ada sebelum ini.

"Jika sebelum ini pengguna menggunakan Lebuh Raya Plus Expressways Bhd. (PLUS) atau Jalan Persekutuan, namun kini mereka boleh menggunakan lebuh raya ini sebagai alternatifnya.

"Selain itu, penduduk kampung juga akan mendapat manfaatnya kerana kami mengutamakan penduduk tempatan untuk menyewa gerai di R&R.

"Di samping itu, kampung-kampung di sekitar kawasan ini juga akan cepat membangun memandangkan berada berdekatan dengan laluan pengguna," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Lekas, Kajang Selatan di sini hari ini.

Tambahnya, lebuh raya tersebut turut dilengkapi bilik kawalan trafik (TCSS), kamera litar tertutup (CCTV), kutipan tol elektronik, papan tanda elektronik (VMS) dan juga unit bantuan peronda 24 jam.

"Lekas menyediakan CCTV di setiap dua kilometer lebuh raya berkenaan, ini bermakna sebanyak 18 buah CCTV dipasang sepanjang lebuh raya ini yang melibatkan kos sebanyak RM12 juta.

"Sebanyak lapan pekerja akan mengawasi CCTV berkenaan mengikut shift yang telah ditetapkan dan kawalan dilakukan 24 jam.

"Sekiranya berlaku sebarang masalah di mana-mana lokasi, pegawai akan menghubungi unit peronda untuk memberi bantuan," jelasnya.

Ditanya mengenai kekurangan papan tanda lokasi di lebuh raya tersebut, Soon Hiong berkata, pihaknya akan menambah lagi kemudahan tersebut dalam masa dua bulan lagi.

Ujarnya, memandangkan lebuh raya berkenaan masih baru dibuka, kewujudan papan tanda masih lagi terhad.

"Pihak kami telah mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lebuhraya Grand Saga Sdn. Bhd. untuk menyediakan kemudahan papan tanda dengan lebih banyak dalam masa terdekat ini.

Bagi pengguna pula, berita baik buat mereka ialah apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed menyatakan bahawa kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengenakan kadar tol bagi pakej satu lebuh raya ini yang berkuat kuasa pada 22 Ogos lalu sehingga 4 Oktober ini.

Oleh yang demikian, sudah pasti langkah ini merupakan hadiah' hari raya paling berharga kepada pengguna yang menuju ke Nilai apabila tidak perlu bersesak-sesak mengunakan Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur serta tidak perlu membayar tol untuk sementara waktu.

Yang pasti, kini pengguna mempunyai lebih banyak pilihan untuk ke destinasi yang dituju dengan memilih mana-mana laluan bagi menjimatkan masa dan wang ringgit mereka serta menjamin perjalanan yang lebih selamat dan selesa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.