saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 31/08/2008

Rahsia jelita Ifa Raziah

SEBUT saja nama Ifa Raziah, semua orang sudah maklum tentang aset yang ada kepada diri artis yang satu ini. Selain kebolehan bergoyang ‘dangdut’ Ifa juga sangat dikenali sebagai artis yang amat mementingkan nilai kejelitaan dan penampilan diri.

Dan sekarang, apa yang dinanti sudahpun tiba. Produk kecantikan yang diasaskan oleh Ifa Raziah sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat dan seluruh wanita amnya.

Setelah berkongsi pelbagai petua untuk cantik melalui banyak cara, kini Ifa Raziah muncul dengan “Serifah” produk kecantikan yang diyakini dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan dengan raut wajah.

“Setiap kali mengadakan persembahan di seluruh negara, pasti ada peminat yang bertanya apa rahsia Ifa menjaga kecantikan diri. Daripada situ timbul keinginan Ifa untuk menghasilkan produk sendiri agar apa yang menjadi amalan Ifa selama ini dapat dikongsi bersama dengan peminat,” kata artis yang sebelum ini cukup terkenal dengan jolokan ratu suntik dan ratu kolagen.

Menjelaskan lanjut mengenai perkara berkenaan, kata Ifa banyak yang tidak tahu semenjak mengandungkan anak lelakinya, Mohamad Aqili, dia sudah jarang menggunakan teknologi suntikan ke wajah dan badannya.

“Selepas bersalin, Ifa semakin takut untuk terus menggunakan suntikan kerana masa itu anak menyusu badan. Jadi, Ifa mencari formula yang sesuai dengan Ifa dan hasilnya lahirlah Serifah di pasaran,” katanya.

Serifah baru sebulan di pasaran dan sebagai pengenalan, dua produk diperkenalkan iaitu Extra Strength Anti Wrinkle Serum dan Revitalising Cleansing Bar dalam satu set.

Produk Extra Strength Anti Wrinkle Serum dihasilkan dengan menggunakan formula khas dari Jepun iaitu Teknologi NANO. Ia adalah aplikasi teknologi kecantikan terkini yang dihasilkan dengan cantuman kolagen yang disatukan bersama sumber daripada kehidupan marin (lautan). Selain itu bahan utama lain yang diserapkan ialah seperti Vitamin A dan asas utama dalam penghasilan produk ini ialah dengan menggunakan kuasa mineral.

Menurut Ifa, produk ini sangat berkesan untuk melahirkan kulit wajah yang baru, menganjalkan, menghilangkan jeragat,jerawat dan noda hitam sekitar mata dan kulit muka.

“Sementara Revitalising Cleansing Bar pula dihasilkan dengan menggunakan Tea Tree Oil dan ekstrak buah-buah. Penggunaan produk ini juga akan memberi kesan aromaterapi khas. Selain membersihkan kulit wajah, ia juga memberi kesan ketenangan yang tersendiri kepada pengguna dan mampu menstrukturkan semula kulit wajah ke arah lebih jelita dan mempersona,” terang Ifa lagi.

Bagi menjamin keselamatan pengguna, menurut Ifa barangan Serifah adalah bebas daripada hidroquinon dan mendapat Sijil Amalan Pengilangan Baik (GMP).

“Apa yang lebih penting lagi ialah produk Ifa didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan kami sedang dalam proses mendapatkan pengesahan sijil Halal daripada pihak berkaitan,” katanya lagi.

Harga Serifah ialah RM69.90 di Semenanjung Malaysia dan RM72.90 bagi Sabah dan Sarawak. Sementara tawaran yang cukup hebat dan lumayan menanti mereka yang ingin menjadi stokis dan agen Serifah di seluruh negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.