saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 31/08/2008

BN disyor gubal kod etika tingkah laku

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Parti Gerakan mencadangkan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) menggubal kod etika tingkah laku yang jelas supaya tindakan tatatertib boleh dikenakan terhadap ahli yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman.Pemangku Presidennya, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, kod etika berkenaan hendaklah diterima pakai oleh semua parti komponen BN supaya ahli-ahlinya lebih berwaspada dalam membangkitkan isu yang disifatkan menghasut, menghina dan berbau perkauman.

Katanya, kod etika berkenaan perlu menetapkan bahawa beberapa prinsip utama dalam perlembagaan seperti hak kewarganegaraan dan kebebasan beragama tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk menghina mana-mana komuniti atau kaum di negara ini.

''Garis panduan, peruntukan dan prosedur penggubalan kod etika ini hendaklah disegerakan untuk mengelakkan imej dan sokongan rakyat jelata terhadap BN terhakis dengan teruk," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang menyifatkan kaum Cina sebagai rakyat menumpang di negara ini.

Tsu Koon berkata, kenyataan yang dikeluarkan tiga hari sebelum berlangsungnya pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh itu telah menjejaskan sokongan masyarakat bukan Melayu terhadap UMNO sehingga menyebabkan kekalahan teruk BN pada pilihan raya tersebut.

''Kita tidak sepatutnya membenarkan hasil perjuangan selama lebih 51 tahun oleh beberapa generasi rakyat Malaysia untuk mencapai kemerdekaan dan membangunkan negara dimusnahkan oleh tingkah laku sesetengah ahli politik yang tidak bertanggungjawab," ujar beliau.

Menurutnya, Ahmad merupakan pemimpin terakhir dalam kalangan pemimpin UMNO dan wakil rakyat BN yang telah membuat kenyataan sensitif dan bersifat menghina termasuk di dalam Dewan Rakyat.

''BN sebagai satu gabungan politik berbilang kaum sepatutnya terus memainkan peranan untuk memupuk persefahaman, mengukuhkan perpaduan dan memajukan keharmonian antara kaum di negara ini supaya rakyat mempunyai tanggapan baik terhadapnya," jelas beliau.

Dalam pada itu, Tsu Koon memberitahu, parti Gerakan akan mengadakan Persidangan Perwakilan Pusat pada 11 Oktober ini dan semua jawatan parti di peringkat Pusat akan dibuka untuk dipertandingkan.

''Antara jawatan tersebut ialah presiden, timbalan presiden dan tiga jawatan naib presiden sementara pindaan perlembagaan parti turut dibuat untuk menambahkan ahli jawatankuasa pusat daripada 12 orang kepada 18 orang," katanya.

Menurutnya, Pengerusi Gerakan di peringkat negeri perlu bertanding semula untuk menjadi ahli jawatankuasa pusat bermula tahun ini dan mereka tidak lagi dilantik secara automatik seperti sebelumnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.