saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 31/08/2008

Mengenali GER dan GERD

PENYAKIT refluks gastroesofageal atau gastroesophageal reflux disease (GERD) merupakan satu keadaan yang lebih serius daripada refluks gastroesofageal atau ‘gastroesophageal reflux’ (GER) yang biasanya dialami orang ramai.

Esofagus merupakan satu tiub yang mengangkut makanan dari dalam mulut ke dalam perut. LES pula adalah satu gelungan otot di bahagian bawah esofagus yang bertindak sebagai satu injap tutup/buka di antara esofagus dan perut.

GER berlaku apabila bahagian bawah sfinkter (pencerut) esofagus (LES) terbuka secara spontan beberapa kali atau tidak tertutup dengan betul, sehinggakan kandungan yang terdapat di dalam perut akan naik ke dalam esofagus.

GER juga dikenali sebagai refluks asid atau regurgitasi asid berpunca daripada jus pencernaan iaitu asid perut naik semula ke atas bersama-sama makanan yang dihadam.

Apabila refluks asid berlaku, pesakit boleh merasa makanan atau cecair di bahagian belakang mulut. Apabila asid perut bertindak secara refluks tersentuh dengan lapisan esofagus, kemungkinan ia akan menyebabkan rasa seakan terbakar di dada atau tekak yang dipanggil pedih ulu hati atau senak.

Jika seseorang itu jarang mengalami GER, keadaan seperti itu adalah biasa dan ia tidak bermaksud orang itu mempunyai GERD.

Refluks yang berlaku secara kerap iaitu lebih daripada dua kali seminggu, adalah GERD dan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang lebih serius. Sesiapa sahaja boleh mengalami GERD tanpa mengira faktor umur.

Apakah simptom-simptom GERD?

Simptom utama GERD di kalangan orang dewasa adalah rasa pedih ulu hati yang kerap berlaku, juga dikenali sebagai senak iaitu satu kesakitan seakan terbakar di bahagian bawah tengah dada, bahagian belakang tulang dada dan di bahagian tengah abdomen.

Kebanyakan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan juga sesetengah orang dewasa yang menghidap GERD mengalami rasa pedih ulu hati.

Golongan dewasa juga akan mengalami simptom-simptom seperti batuk yang kering, asma (lelah) atau kesukaran menelan.

Apakah punca GERD?

Punca kenapa sesetengah orang menghidapi GERD masih belum diketahui dengan jelas. Walaubagaimanapun, kajian menunjukkan di kalangan pesakit ini, LES akan berada dalam keadaan relaks (rehat) manakala bahagian lain esofagus terus berfungsi.

Keabnormalan anatomi seperti hernia hiatal juga menyumbang kepada GERD. Hernia hiatal terjadi apabila bahagian atas perut dan LES bergerak ke atas diafragma iaitu dinding otot yang memisahkan perut dan dada.

Lazimnya, diafragma membantu LES menghalang asid daripada naik ke dalam esofagus. Apabila terdapat hernia hiatal, refluks asid akan berlaku dengan lebih mudah.

Hernia hiatal boleh terjadi ke atas sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan kebiasaannya dialami oleh mereka yang sihat dan berumur lebih daripada 50 tahun. Selalunya, hernia hiatal tidak menunjukkan sebarang simptom.

GERD di kalangan kanak-kanak

Adalah penting bagi kita untuk membezakan antara refluks fisiologi yang normal (GER) dan GERD di kalangan kanak-kanak.

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidap GER adalah sihat dan ceria walaupun mereka kerap meludah atau muntah sementara bayi dengan GER selalunya akan berhenti daripada mengalami simptomnya apabila mereka berumur satu tahun.

Refluks yang berterusan selepas kanak-kanak berusia satu tahun mungkin merupakan GERD. Kajian menunjukkan GERD adalah biasa dan mungkin tidak diambil berat jika ianya berlaku di kalangan kanak-kanak.

Sebagai contoh, GERD boleh timbul sebagai regurgitasi yang berulang, rasa mual, pedih ulu hati, batuk, laryngitis atau masalah respiratori seperti ‘wheezing’, asma atau pneumonia.

Kanak-kanak dan bayi akan menunjukkan rasa tidak selesa atau melengkungkan bahagian belakang tubuh mereka secara kerap semasa atau sejurus selepas makan atau menyusu.

Bayi yang mempunyai GERD mungkin tidak mahu makan dan mengalami proses pertumbuhan yang lemah.

Berbincanglah dengan doktor atau pakar kanak-kanak (paediatrician) anda jika simptom-simptom yang berkaitan refluks berlaku secara kerap dan mendatangkan rasa tidak selesa buat anak anda.

Doktor anak anda juga boleh mencadangkan beberapa strategi yang mudah untuk mengelakkan refluks seperti memastikan bayi itu sendawa beberapa kali sewaktu menyusu atau menegakkan bayi itu selama 30 minit selepas menyusu.

Jika anak anda lebih tua, doktor boleh mencadangkan anak anda makan makanan dalam kuantiti kecil tetapi kerap dan mengelakkan makanan seperti:

* Soda yang berkafein

* Coklat

* Peppermint

* Makanan pedas

* Makanan berasid seperti oren,

tomata dan pizza

* Makanan berlemak dan bergoreng

Anak anda juga boleh mengelakkan daripada mengambil makanan dua hingga tiga jam sebelum waktu tidur.

Perunding kesihatan anda juga mungkin akan mencadangkan agar anda menaikkan bahagian kepala katil anak anda dengan blok kayu yang diletakkan di bawah kaki katil. Bantal sahaja tidak mencukupi.

Jika tindakan ini tidak mendatangkan sebarang perubahan, mungkin perunding kesihatan akan menasihatkan anak anda mengambil ubat.

Bagaimana GERD dirawat?

Berundinglah dengan pakar kesihatan anda jika anda telahpun mempunyai simptom- simptom GERD atau telah mula mengambil antasid atau ubat refluks yang diperoleh dari kaunter selama lebih daripada dua minggu.

Pakar kesihatan anda mungkin akan merujuk kes anda kepada pakar gastroentologi atau pakar bedah gastroenterologi iaitu seorang doktor yang merawat penyakit-penyakit berkaitan perut dan usus.

Bergantung kepada tahap keseriusan GERD anda, rawatan yang dicadangkan mungkin akan melibatkan sama ada anda melakukan perubahan dalam cara kehidupan anda, mengambil ubat ataupun menjalani pembedahan.

Secara umumnya, di Malaysia pesakit-pesakit GERD amat jarang memerlukan pembedahan. Rawatan melalui perubahan dalam cara hidup termasuklah:

l Berhenti merokok jika anda merokok.

l Elakkan makanan dan minuman yang memburukkan lagi simptom-simptom.

l Kurangkan berat badan (jika perlu).

l Makan dalam jumlah yang kecil dan secara kerap.

l Pakai pakaian yang longgar.

l Elakkan daripada berbaring untuk tiga jam selepas makan.

l Naikkan kepala katil anda sebanyak enam hingga lapan inci dengan meletakkan blok kayu di bawah kaki katil. Penggunaan bantal sahaja tidak akan membantu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zuhur 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:31
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.