saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 01/09/2008

Gerakan mahu tindakan diambil ke atas Ahmad

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Gerakan, parti komponen Barisan Nasional (BN), hari ini mahu tindakan diambil ke atas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail berhubung kenyataannya yang bersifat hasutan terhadap masyarakat Cina.

Semasa satu ceramah di Permatang Pauh pada 25 Ogos lepas, Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka hanyalah penduduk sementara di negara ini dan oleh itu adalah mustahil untuk mendapat hak yang sama di negara ini.

Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye berkata, ramai rakyat Malaysia kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri dan Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi apabila mengulas mengenai kenyataan Datuk Ahmad Ismail.

"Mereka menjangka satu kecaman yang kuat, terutama pada 31 Ogos, hari di mana semua rakyat Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan negara.

"Selepas 51 tahun mencapai kemerdekaan, sebarang kesangsian mengenai kesetiaan mana-mana penduduk etnik Malaysia dan tindakan mempersoal kewarganegaraan adalah melampaui usaha menyemai persefahaman di kalangan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Menjelang hari pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh minggu lepas, Ahmad didakwa membuat kenyataan itu dan semalam, ketika mengulas mengenai perkara itu Abdullah berkata beliau akan "memberitahu Ahmad jangan mengulangi lagi perkara itu."

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.