saya nak baca ..

POLIS & TENTERA


ARKIB : 02/09/2008

VAT 69 terus latih dan mantapkan pasukan polis


PARA pelatih selam bersiap sedia memulakan renang tempur di Pulau Perhentian, Terengganu.


PERTAHANKAN keselamatan negara tanpa mengira keadaan dan pada masa yang sama terus melatih unit-unit dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya dapat berkongsi dan memiliki pelbagai kemahiran.

Itulah yang dilakukan oleh 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK), sebuah pasukan yang memang dikenali dan disegani bukan sahaja dalam kalangan orang ramai, malah para penjenayah juga.

Sebut sahaja 69 Komando (VAT 69) pasti terbayang pelbagai kemahiran yang mereka miliki seperti peperangan taktikal dan sebagainya.

Kemahiran lain termasuk peperangan di hutan, payung terjun, sniper dan sebagainya.

Satu lagi kemahiran dimiliki oleh VAT 69 ialah skuba tempur dan taktikal.

Seperti biasa, VAT 69 akan terus memberi latihan kepada lain-lain unit dalam PDRM untuk berkongsi kemahiran menyelam.

Keadaan ini menunjukkan VAT 69 tidak lokek ilmu kemahiran, sebaliknya merasa bangga apabila melihat unit-unit dan anggota serta rakan sepasukan turut memiliki kemahiran berkenaan.

Baru-baru ini VAT 69 berjaya melatih 20 anggota dan pegawai forensik PDRM serta 18 anggota pasukan itu dalam kemahiran asas menyelam.

Latihan itu telah dilaksanakan dengan jayanya di Pulau Perhentian, Terengganu baru-baru ini.

Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk melatih anggota-anggota dengan kemahiran baru itu.

Ini kerana latihan yang dilakukan itu tidak sama dengan pepatah Melayu, ‘melentur buluh biar dari rebung’.

Namun, segala halangan dan kesukaran yang dihadapi oleh para jurulatih VAT 69 ketika latihan itu dapat juga diatasi.

Hasilnya, kesemua anggota terbabit termasuk dari Forensik PDRM telah berjaya memperoleh kelayakan sebagai seorang penyelam.

Latihan selam asas bagi para pelatih VAT 69 agak berbeza berbanding latihan anggota-anggota forensik PDRM.

Namun, kesemua para pelatih itu perlu menjalani latihan bersama termasuk renang tempur 3.2 kilometer, bot casting dan sebagainya.

Bagi anggota-anggota forensik, mereka juga perlu menjalani latihan selam untuk mencari barang bukti, mencari mayat dan membawanya naik ke daratan.

Sehubungan itu, antara peralatan yang diperlukan ketika latihan selam forensik itu ialah pengusung khas bagi membawa mayat naik ke daratan.

Anggota-anggota asas VAT 69 pula mempunyai latihan tambahan seperti selam taktikal dan tempur selain helo casting iaitu terjun dari pesawat ke dalam laut dengan lengkap berpakaian selam.

Sepanjang latihan itu dijalankan, setiap pelatih terlebih dahulu diberi taklimat keselamatan bagi memastikan latihan berjalan lancar.

Malah, para jurulatih VAT 69 juga sentiasa menitikberatkan disiplin para pelatih terbabit dan sentiasa memberi teguran.

Setiap latihan itu telah dipantau oleh Pegawai Penyelaras Cif Inspektor Bingkok AK John dan dibantu oleh 26 jurulatih VAT 69.

Latihan bagi para pelatih itu, forensik dan anggota VAT 69, berakhir dengan jayanya dan lebih menggembirakan apabila mereka menerima lencana selam dan sijil.

Lencana dan sijil itu telah disampaikan oleh Pegawai Turus Latihan PGK, Pemangku Asisten Komisioner Mohammad Ismail.

Turut hadir, Ketua Bahagian Biologi Forensik, Asisten Komisioner Muhammad Abdul Aziz.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.