saya nak baca ..

UTARA


ARKIB : 02/09/2008

Rumah Tok Su warisan seni bina Kedah


ORANG ramai kini boleh melihat keunikan rumah Tok Su, warisan seni bina tradisional rakyat Kedah yang terletak berhadapan Wisma Darul Aman di Alor Star.
- Gambar Bernama


ALOR STAR 1 September - Sempena sambutan kemerdekaan negara ke-51 tahun semalam, pelbagai memori singgah di pemikiran, bermula dari sejarah perjuangan menentang penjajah hingga kepada kehidupan masyarakat dahulu.

Seni bina lama yang masih teguh berdiri menguatkan lagi nostalgia.

Kolej Sultan Abdul Hamid di Alor Star yang menyambut ulang tahun ke-100 baru-baru ini merupakan satu contoh, kerana kolej ini merupakan sekolah Inggeris pertama di negeri ini yang masih kukuh berdiri sebagai institusi pengajian yang cukup disegani.

Keunikan seni binanya yang konkrit sudah pasti menarik pandangan dan kita boleh berhenti sejenak menghayati sejarahnya yang melahirkan tokoh negara seperti Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Kedah kaya dengan struktur unik seperti ini termasuk rumah tradisional Melayu yang berdindingkan kayu meranti atau temak dan beratapkan rumbia seperti di Kampung Warisan di sini.

Terletak berhadapan dengan Wisma Pentadbiran Negeri (Wisma Darul Aman), kampung itu menempatkan Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai yang menjadi lambang keunikan serta keaslian seni bina tradisional Melayu.

Kedua-dua rumah ini dipercayai berusia lebih 80 tahun.

Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.

Menurut penjaganya, Muhaiyuddin Yaakop, setiap ruang rumah mempunyai fungsinya tersendiri yang amat berbeza dengan ciri kediaman masa kini yang mempunyai lebih banyak ruang peribadi seperti bilik khas.

"Rumah zaman dulu tidak ada bilik dan setiap ruang hanya dipisahkan dengan kain pemidang (langsir) dan kebanyakan ruang adalah terbuka seperti anjung, beranda dan pelantar," katanya.

Muhaiyuddin berkata rumah-rumah itu bukan berasal dari Alor Star tetapi dipindahkan dari lokasi asal yang berbeza.

"Rumah Tok Su dibawa dari Kampung Permatang Kerat di Bandar Baharu yang letaknya kira-kira 200 kilometer dari Alor Star manakala Rumah Seri Banai berasal dari Kampung Banai di daerah Kubang Pasu.

"Nama Seri Banai diberikan sempena lokasi asal rumah ini manakala nama Tok Su ialah sempena nama panggilan anak bongsu pemilik asal rumah itu.

"Proses memasang semula rumah ini agak rumit serta memakan masa yang lama iaitu kira-kira 4 bulan dan kos pemindahannya juga tinggi," katanya.

Rumah Seri Banai pernah digunakan sebagai sekolah rakyat sebelum Sekolah Kebangsaan Seri Banai dibina di situ sehingga kini.

Rumah Tok Su pula pernah dijadikan lokasi untuk mesyuarat politik dan pertemuan anggota Pergerakan Barisan Pemuda yang memperjuangkan bangsa Melayu sebelum negara mencapai kemerdekaan.

Idea asal untuk mengekalkan rumah itu datang daripada bekas menteri besar Kedah (1995-1999), Tan Sri Sanusi Junid yang mahu memartabatkan warisan dan mengekalkan identitinya sebagai seni bina tradisional untuk penghayatan generasi hari ini.

Hasrat itu menjadi kenyataan kerana Rumah Tok Su dan Rumah Seri Banai kini menjadi lokasi untuk penyelidikan pelajar institut pengajian tinggi yang mengambil jurusan seni bina.

Pengurusan rumah-rumah itu kini diletakkan di bawah Lembaga Muzium Kedah dan sering juga dijadikan lokasi pengambaran filem, majalah serta dokumentari.

Kampung Warisan dibuka kepada umum sejak 2001. Tiada bayaran dikenakan untuk masuk dan dibuka setiap hari kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.