saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 02/09/2008

Zoo Melaka untung RM130,000 tahun lalu

MELAKA 1 Sept. - Buat pertama kali sejak dibuka, Zoo Melaka mencatat keuntungan sebanyak RM130,000 pada tahun lalu, hasil kunjungan 619,914 orang dengan jumlah keseluruhan pendapatan RM3.99 juta.

Pengarah Zoo Melaka, Mohamad Nawayai Yasak berkata, zoo tersebut sejak dibuka pada 1993, tidak pernah mencatatkan keuntungan dan kiraan pada 2006 mendapati mereka menanggung rugi sebanyak RM600,000.

"Alhamdulillah, dengan peningkatan pengunjung sebanyak 7.42 peratus pada tahun lalu berbanding 2006, kita berjaya mencatatkan keuntungan kali pertama walaupun dalam jumlah yang kecil.

"Selain itu, keuntungan ini juga disebabkan kita mengambil langkah berjimat cermat dari segi penggunaan utiliti seperti elektrik dan air dan akan terus mengamalkan cara tersebut di samping menggiatkan lagi promosi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Nawayai berkata demikian pada Majlis Penyampaian dan Penerimaan Cek Skim Anak Angkat Zoo Melaka 2008, di sini baru-baru ini. Majlis tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar, Datuk Latiff Tamby Chik.

Mengulas lanjut, Nawayai berkata, perkembangan tersebut merupakan satu petanda baik zoo tersebut untuk terus mencatatkan keuntungan setelah sekian lama menanggung kerugian.

"Satu petanda baik juga apabila sejak Januari sehingga Jun tahun ini, jumlah kunjungan pelawat ke Zoo Melaka meningkat sebanyak enam peratus daripada tempoh sama tahun lalu.

"Pihak zoo berharap akan berjaya mencapai sedikit lagi keuntungan selepas ini apatah lagi setelah Melaka berjaya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Julai lalu yang pastinya akan meningkatkan lagi kunjungan pelancong luar ke sini," katanya.

Sementara itu, Latiff berkata, pihak zoo perlu terus meningkatkan promosi dan penambahbaikan untuk menarik lebih ramai pelawat berkunjung ke situ sekali gus memberi keuntungan yang sentiasa meningkat dari tahun demi tahun.

"Saya akan menyokong permohonan Zoo Melaka untuk mendapatkan peruntukan daripada Kementerian Pelancongan, sama ada berbentuk pembangunan ataupun penyelenggaraan.

"Diharapkan tempoh perkhidmatan Bas Panorama yang cuma beroperasi di pusat bandar ketika ini sehingga ke Ayer Keroh dipanjangkan sehingga ke waktu malam untuk kemudahan pelancong berkunjung ke Zoo Melaka," katanya.

Pada majlis sama, sebanyak 58 buah syarikat dan individu menyumbangkan tajaan kepada pihak zoo sebanyak RM277,271.

Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan/Melaka merupakan penaja terbesar, sebanyak RM85,500 untuk pembinaan sebuah telaga tiub di zoo tersebut.

Tambah Latiff, program skim anak angkat Zoo Melaka amat penting untuk menjayakan konservasi hidupan liar di samping mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat kepentingan pemuliharaan flora dan fauna.

"Diharapkan, program sebegini akan terus mendapat sokongan lebih banyak daripada syarikat swasta, badan kewangan dan institusi kewangan yang lain.

"Ini adalah satu tanggungjawab sosial semua pihak terutamanya dalam usaha menjaga warisan negara," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.