saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 03/09/2008

Ketua Pemuda cawangan didenda buat laporan palsu

PUTRAJAYA 2 Sept. - Seorang Ketua Pemuda UMNO cawangan didenda maksimum RM2,000 atau penjara empat bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang di sini atas tuduhan membuat laporan palsu kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai politik wang dalam parti.

Mohd. Rusihan Abu Yaziz @ Mohamad, 32, mengaku membuat laporan itu supaya siasatan dilakukan terhadap Ahmad Affandi Hamzah yang didakwa menyogoknya dengan wang tunai RM1,500 bagi menyokong pencalonan penama sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kelana Jaya.

Dia yang merupakan Ketua Pemuda Cawangan Lengkok Golf, Kelana Jaya didakwa membuat laporan palsu itu kepada Penguasa Kanan BPR, Saiful Ezral Arifin di antara pukul 5 petang dan 7 malam, 30 Julai lalu di Ibu Pejabat BPR di sini.

Laporan palsu tersebut menyatakan:

''Pada 29 Julai 2008, jam lingkungan 7 malam hingga 8 malam, saya telah didatangi oleh Encik Ahmad Affandi bin Hamzah dan menerima satu sampul surat dari beliau. Ketika beliau memberi sampul surat berkenaan, beliau menyatakan duit di dalam sampul ini untuk mesyuarat.

''Setelah menerima sampul surat berkenaan, saya mendapati di dalam sampul surat berkenaan mengandungi wang berjumlah RM1,500. Kejadian ini berlaku di hadapan rumah saya di Kelana Jaya No. 59, Jalan SS 7/3, Kelana Jaya, 47301, P.Jaya, Selangor. Inilah saja aduan saya."

Menurut fakta kes, Mohd. Rusihan mendakwa sampul surat tersebut untuk diberikan kepada ahli-ahli UMNO Cawangan Lengkok Golf dan penyerahan itu disaksikan oleh isteri dan adiknya.

Fakta juga menyatakan, tertuduh memberitahu bahawa wang RM1,500 itu telah dimasukkan ke dalam Tabung Masjid Nurul Yakin, Kelana Jaya.

Bagaimanapun, siasatan pada 31 Julai lalu mendapati, tiada wang RM1,500 dimasukkan ke dalam tabung masjid berkenaan manakala petugas di masjid itu memberitahu bahawa tabung berkenaan dibuka kali terakhir pada 25 Julai 2008.

Menurut fakta lagi, siasatan lanjut turut mendapati, isteri dan adik Mohd. Rusihan tidak mengaku pernah menyaksikan apa- apa penyerahan sampul manakala Ahmad Affandi juga menafikan ada memberikan sampul berisi wang kepadanya.

Mohd. Rusihan didakwa melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Dia yang tidak diwakili peguam memohon Majistret Mazuliana Abdul Rashid mengenakan hukuman ringan kerana tidak bekerja tetap dan perlu menyara isteri dan dua anaknya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya BPR, Jazamuddin Ahmad Nawawi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal supaya menjadi pengajaran kepada orang lain agar tidak memperkotak-katikkan penguatkuasaan undang- undang.

Jazamuddin berhujah, perbuatannya menyebabkan BPR melakukan siasatan dengan memanggil penama yang akhirnya terbukti merupakan laporan palsu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.