saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/09/2008

Pengiktirafan sangat besar kepada USM

PULAU PINANG 3 Sept. - Pemilihan Universiti Sains Malaysia (USM) sebagai universiti Apex pertama negara ini merupakan satu pengiktirafan yang sangat besar dan menjadi hadiah istimewa sempena sambutan ke-40 tahun universiti itu tahun depan.

Timbalan Pendaftar USM, Mohamad Abdullah berkata, dengan pengiktirafan berkenaan, USM akan berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi harapan masyarakat, Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan bagi memartabatkan pengajian tinggi negara ke peringkat dunia.

''Usaha-usaha yang dijalankan oleh USM sebelum ini telah menampakkan hasil, apatah lagi dengan kedudukan universiti ini sebagai pusat kepakaran serantau untuk pendidikan lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak 2006," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Kementerian Pengajian Tinggi mengenai pemilihan USM sebagai universiti Apex.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, USM dipilih selepas ia memenuhi ciri-ciri kualitatif dan kuantitatif yang ditetapkan.

Menurut Mohamad, pada 2006, USM telah dipilih sebagai universiti penyelidikan dan ia menunjukkan bahawa USM telah berusaha untuk mengetengahkan isu berkaitan masa depan manusia dan dunia dengan mentransformasikan pengajian tinggi.

''Kami amat bersyukur dan berharap dapat menunaikan amanah serta tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin, kejayaan ini adalah untuk semua warga USM.

''Ia juga adalah pengiktirafan terhadap kerja keras pelajar yang turut membudayakan isu-isu berkaitan pembangunan lestari," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.