saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 04/09/2008

Pupuk seni khat Jawi

KLUANG 3 Sept. - Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan tulisan dan seni khat Jawi terus berkembang dan dimartabatkan di negeri Johor.

Antara NGO yang aktif memainkan peranan ke arah mengembangkan lagi tulisan dan khat itu menerusi beberapa aktivitinya adalah Persatuan Qura' Negeri Johor dan Yayasan Warisan Johor (YWJ).

Terbaru, kedua-dua persatuan itu mengadakan Program Motivasi Jawi dan Seni Khat di Sekolah Kebangsaan Tunku Mahmood Dua (STM2) di sini.

Seramai 100 murid tahun lima dan enam menyertai program sehari yang dikendalikan pakar seni khat, Adam Musa dan Karyawan Tamu YWJ, Mohamad Mokhtar Talib atau lebih dikenali Pak Matlob.

Program yang dibantu beberapa guru sekolah itu turut mendapat kerjasama Jabatan Pelajaran Johor bagi memastikan tulisan berkenaan terus berkembang penggunaannya dalam kehidupan harian penduduk.

Adam yang juga Pengerusi Qura' Kluang berkata, program tersebut merupakan aktiviti bersama yang pertama diadakan di Johor dan akan diperluaskan ke beberapa sekolah lain pada masa akan datang.

"Ini untuk memastikan generasi muda bukan sahaja mahir membaca Jawi tetapi boleh menulisnya secara indah dan menarik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Ekoran itu, menurutnya, sebagai penghargaan kepada STM2, maka Persatuan Qura' Johor telah menjadikannya sekolah angkat agar program itu dapat diadakan secara berterusan.

Beliau berkata, memandangkan murid-murid tersebut masih di sekolah rendah, maka pengajaran seni khat hanya dititikberatkan pada jenis Nasah atau biasa.

"Namun, saya tetap memperkenalkan kepada mereka jenis khat lain seperti Sulus, Riqah dan Kaufi," katanya.

Menurut Adam, sambutan terhadap program berkenaan amat menggalakkan dan murid-murid berkenaan bukan sahaja mahir Jawi tetapi meminati seni khat itu.

"Ini bermakna seni khat berpotensi untuk terus berkembang di kalangan generasi muda jika galakan diberikan secara berterusan," katanya.

Sementara itu, Pak Matlob berkata, beliau mendapati secara keseluruhan pelajar Melayu di Johor termasuk peserta program tersebut boleh menulis dan membaca Jawi dengan lancar.

Menurutnya, ia bererti tulisan Jawi boleh terus berkembang dan digunakan secara meluas terutamanya di tempat awam di Johor.

"Kita memerlukan kerjasama ibu dan bapa agar menggalakkan anak-anak mereka membaca bahan bacaan bertulisan Jawi secara berterusan," katanya.

Menurut Pak Matlob, ini kerana kebanyakan generasi muda kini kurang membaca buku bertulisan Jawi di rumah masing-masing.

"Ini dikhuatiri akan menjejaskan kemahiran mereka apabila dewasa," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.