saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 07/09/2008

Jangan pandang remeh bisul


Azman menunjukkan kesan pembedahan bisul.


BISUL mungkin penyakit yang terlalu remeh bagi sesetengah orang terutama di negara ini. Ia sering diabaikan kerana diyakini tidak memberi kesan yang begitu serius sehingga mengancam nyawa pesakit.

Justeru, ramai di kalangan kita yang tidak mahu memberi perhatian yang serius apabila diserang bisul, tidak mahu mendapatkan nasihat pakar perubatan, sebaliknya menggunakan ubat-ubat kampung yang tidak diiktiraf dan mengamalkan petua orang dahulu semata-mata.

Tanggapan yang sama turut diterima pakai oleh ahli perniagaan, Azman Miskan, 45, yang turut ‘menyimpan’ bakteria bisul selama berminggu-minggu sambil ‘membawanya’ bersama ketika berangkat ke Indonesia untuk urusan persendirian, walaupun sering tergaru-garu di bahagian perut sepanjang masa.

“Ingatkan bisul biasa yang akan dipicit dan terus mati apabila mata bisul sudah ‘masak’ nanti, tidak sangka pula bila saya dapatkan nasihat doktor, mereka terpaksa menebuk sedalam satu inci untuk membersihkan kuman-kuman bisul di atas perut saya itu.

“Pemergian saya ke Indonesia juga mungkin memburukkan lagi keadaan kerana penggunaan air yang tidak begitu bersih dan debu serta habuk yang turut memberi kesan ke atas bisul yang menyerang,” kata beliau.

Azman berkongsi pengalaman berharga itu dengan Diari Harapan Mingguan Malaysia dalam pertemuan yang diaturkan oleh Pengurus Pemasaran dan Perkhidmatan Pelanggan, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Nadia Hanim Ismail sejurus selepas beliau menjalani pembedahan di DEMC, Shah Alam baru-baru ini.

Jelas Azman, jika tidak menjalani pembedahan bagi membuang bisul tersebut, beliau takut kalau kuman bisul itu akan merebak dari perut ke sistem usus dan saraf selain bahagian badan utama lain terutama jantung dan paru-paru sehingga boleh menyebabkan kecelakaan.

Segala-galanya bermula apabila Azman digigit oleh serangga kecil, tidak pasti sama ada semut, lipas atau kerengga. Gigitan itu menyebabkan kawasan gigitan menjadi gatal yang semakin bertambah hari demi hari dan menyebabkan terbentuk bintik merah dan bengkak kecil.

Mengesyaki ia adalah bisul yang tidak memerlukan nasihat dan rawatan doktor, Azman membiarkan sahaja sambil mengamalkan kaedah perubatan dan amalan cara lama mengikut nasihat orang- orang tua tanpa pengambilan sebarang antibiotik bagi menyekat kuman tersebut dari terus merebak.

Akibat tidak tahan dengan gatal-gatal yang gagal dibendung lagi, Azman dengan ditemani isterinya Norwati Mazanan, 42 berjumpa dengan Dr. Jamaludin Yusak di DEMC dan terus dinasihatkan agar menjalani pembedahan seberapa segera.

Pembedahan
Syukur kepada Allah Taala, pembedahan yang dijalani awal minggu ini semakin pulih dan yang lebih penting ialah Azman telah ‘menyelamatkan’ dirinya daripada menanggung musibah yang lebih mengerikan ekoran memandang remeh penyakit yang menyerang sesiapa jua.

“Kepada mereka di luar sana, saya berharap agar jangan sesekali mengambil mudah masalah bisul ini kerana kalau dibiarkan tanpa rawatan pakar, dikhuatiri kuman-kuman bisul akan merebak dan menyerang bahagian badan yang lain pula,” jelasnya dengan wajah ceria.

Mengikut maklumat laman web wikipedia.org, bisul merupakan gumpalan sel darah putih yang menyaluti kuman yang menjangkiti dan membentuk nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk daripada tisu kulit, sama ada akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya hasil luka tikaman dan tembakan).

Organisma atau bahan asing yang memasuki sebahagian tisu membunuh sel di sekelilingnya, membebaskan toksin dan mengakibatkan tindak balas keradangan dengan menarik banyak sel darah putih ke kawasan tersebut serta meningkatkan aliran darah di sekitar kawasan jangkitan.

Simptom utama dan tanda sebarang proses keradangan adalah kemerahan, panas, bengkak dan sakit. Komplikasi utama adalah penyebaran bahan nanah kepada tisu berdekatan atau jauh ke dalam badan, selain menyebabkan kematian tisu dijangkiti berlaku secara meluas. Bisul pada kebanyakan bahagian badan jarang sembuh sendiri, jadi rawatan perubatan perlu apabila bisul yang teruk disyaki berlaku.

Rawatan pilihan adalah pembedahan ringkas untuk mengeluarkan nanah. Amat penting untuk menyedari bahawa rawatan antibiotik tanpa pembedahan untuk membuang nanah jarang berkesan.

Bagaimanapun, apabila pembedahan bisul membabitkan kawasan berisiko tinggi (seperti otak), pembedahan mungkin ditangguhkan atau menjadi pilihan rawatan terakhir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.