saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 07/09/2008

Ahmad kekal jawatan ketua Pokok Sena

ALOR STAR 6 Sept. - Bekas Exco kerajaan negeri Kedah, Datuk Ahmad Lebai Sudin (gambar) mengekalkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena selepas 154 cawangan selesai mengadakan mesyuarat masing-masing.Menurut kenyataan UMNO bahagian, Ahmad menang tanpa bertanding setelah 146 daripada 154 cawangan mencalonkan beliau untuk terus kekal dengan jawatan berkenaan.

Ahmad memimpin UMNO bahagian Pokok Sena sejak tahun 1998 apabila beliau mengalahkan penyandang jawatan ketika itu Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim.

Pemilihan Ahmad ketika itu menarik perhatian kerana beliau sangup meletakkan jawatan Exco kerajaan negeri bagi membolehkannya bertanding merebut jawatan ketua bahagian berkenaan.

Ini berikutan arahan Menteri Besar ketika itu, Datuk Seri Sanusi Junid yang melarang anggota Exco yang belum memegang jawatan ketua bahagian bertanding jawatan itu pada pemilihan UMNO.

Pada pemilihan 1998, Ahmad memperoleh 305 undi manakala Abdul Rahman yang ketika itu juga Exco kerajaan negeri mendapat 201 undi. Ahmad juga menang tanpa bertanding pada pemilihan 2004.

Ahmad pernah menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan Setiausaha Barisan Nasional (BN) Negeri Kedah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.