saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 07/09/2008

Abdul Khalid tidak berjiwa rakyat

07/09/2008 3:52pm

KUALA LANGAT 7 Sept. Kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa tindakan melawat mangsa ribut adalah membuang masa dan membazir wang menunjukkan pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak berjiwa rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat yang juga bekas Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Abdul Fatah Iskandar berkata, sebagai Menteri Besar, Abdul Khalid sepatutnya mengambil berat apa juga masalah yang dihadapi rakyat walaupun mempunyai wakil rakyat dan Exco untuk mengendalikannya.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sijangkang berkata, tinjauan yang dibuat seorang Menteri Besar juga tidak boleh dianggap membuang masa dan membazir kerana menjadi tanggungjawab seorang pemimpin untuk mengetahui masalah rakyat.

``Jika beliau boleh meluangkan masa berkempen di Permatang Pauh semasa pilihan raya kecil baru-baru ini, apa salahnya beliau meninjau masalah rakyat di tempat beliau mentadbir?

``Bukankah itu tanggungjawab pemimpin dan pada pandangan saya tidak eloklah dikatakan perbuatan meninjau masalah rakyat dianggap membuang masa dan membazir.

``Bukankah melawat orang yang ditimpa bencana itu satu perbuatan yang dituntut dan orang yang dilawat pasti akan berbesar hati kerana ada yang simpati, kata beliau.- Utusan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.