saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 08/09/2008

Mesir alih tumpuan tarik pelaburan Malaysia

DUBAI adalah destinasi pelaburan popular di kalangan usahawan Malaysia untuk mengembangkan pasaran antarabangsanya di rantau Asia Barat tetapi mereka lupa bahawa terdapat satu lagi pasaran berpotensi untuk ditembusi iaitu Mesir.

Bagi mereka yang berjaya mengukuhkan kedudukan di tanah Firaun ini maka bermakna lebih besar lagi pasaran baru yang akan dikuasai sehingga menjangkau lebih luas ke Asia Barat serta Afrika.

Malah, akses pasaran tersebut memiliki lebih daripada 430 juta penduduk termasuk di Mesir.

Sehubungan itu, Pihak Berkuasa Am untuk Pelaburan dan Zon Bebas (GAFI) Mesir semakin serius untuk mempromosikan destinasi pelaburan itu khususnya dari rantau Asia Tenggara, khasnya Malaysia, untuk melebarkan penguasaan pasaran mereka ke Mesir.

Ini kerana pada masa sekarang, pelaburan terus asing (FDI) dari rantau Asia Tenggara ke Mesir masih rendah dan jumlah dagangan Malaysia dengan Mesir mewakili hanya 0.2 peratus daripada jumlah dagangan Malaysia pada 2007.

Pelaburan tertinggi yang diterima daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi, Kuwait dan negara Eropah.

Naib Pengerusi GAFI, Neveen Omran El Shafei berkata, melihat kepada perkembangan itu, pihaknya telah mengadakan beberapa perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan Mesir untuk meningkatkan peningkatan dagangan dan antaranya mengurangkan kadar cukai.

Selain itu pihaknya telah menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih selesa kepada pelabur dengan mengurangkan kerenah birokrasi, mempercepatkan proses menubuhkan syarikat, menyediakan pusat sehenti untuk pelbagai urusan berkaitan perniagaan dan juga menghapuskan beberapa peraturan berhubung kastam.

''Melaluinya, kami telah melihat peningkatan dalam jumlah FDI yang mana berbanding tempoh kewangan tahun lalu, ia adalah sebanyak AS$11.1 bilion (RM37 bilion) tetapi meningkat kepada AS$11.3 bilion (RM37.74 bilion) bagi tempoh sembilan bulan tahun ini dan ia dijangka mencecah kepada AS$13 bilion (RM43.42 bilion) hingga AS$14 bilion (RM46.76 bilion),'' katanya kepada Utusan Malaysia di pejabat GAFI, baru-baru ini.

Neveen menjelaskan, kerajaan Mesir juga sedang berusaha menambah baik perkhidmatannya bagi melindungi hak pelabur seperti melindungi kepentingan pelabur minoriti serta meningkatkan tadbir urus korporat.

Kata beliau, pengenalan pusat sehenti yang dibangunkan juga telah berjaya mengurangkan waktu untuk membangunkan perniagaan di Mesir iaitu hanya antara satu hingga tiga minggu berbanding 40 hingga 60 hari sebelum ini.

Mengulas lanjut, Neveen berkata, Mesir menaruh harapan tinggi untuk menarik pelaburan daripada Malaysia khasnya dalam bidang perkilangan dan perindustrian.

Dalam masa yang sama, beliau berharap usahanya selama ini diharap dapat mengubah persepsi syarikat Malaysia khasnya di kalangan syarikat pembinaan yang lebih banyak bertumpu di pasaran Dubai dan Arab Saudi.

Buat masa ini, kira-kira 13 syarikat tempatan telah beroperasi di Mesir.

''Kami berharap dapat meningkatkan pelaburan terus asing (FDI) dalam bidang perkilangan, tenaga serta kewangan.

''Imbangan dagangan dilihat lebih menjurus kepada Malaysia yang mana Mesir telah mengimport kelapa sawit manakala kami mengeksport bahan kimia serta baja ke Malaysia, sehubungan itu kami berharap ia dapat diimbangkan,'' kata beliau.

Mengenai pertumbuhan ekonomi, Neveen berkata, ia adalah pada kadar tujuh peratus dan optimis untuk mengekalkan kedudukan berkenaan pada tahun ini.

''Meskipun kadar inflasi naik antara 18 dan 19 peratus sejak beberapa bulan kebelakangan ini tetapi ia disifatkan sebagai tempoh sementara kerana menerima impak daripada peningkatan harga komoditi dunia.

Namun, kekukuhan mata wang asing tempatan berbanding dolar merupakan faktor utama untuk mengekang senario (kenaikan berterusan kadar inflasi) itu terus bertambah teruk.

Sementara itu, beberapa syarikat Malaysia yang beroperasi di Mesir beranggapan negara berkenaan merupakan 'lubuk emas' bagi mereka.

Bagi anak syarikat milik penuh Tanjong, Suez Gulf Power S.A.E dan Port Said Power East, penceburan mereka dalam bidang tenaga di Mesir adalah tepat memandangkan keperluan tenaga di negara berkenaan begitu menggalakkan.

Ini dapat dilihat daripada kejayaan penguasaan pasaran di negara berkenaan sejak dua tahun lalu bertambah kepada 10 peratus.

Perkembangan memberangsangkan ini turut dikongsi oleh Proton Egypt yang mula mengedarkan kereta nasional buatan Malaysia di negara berkenaan sejak 2004.

Pengurus Besar Proton Egypt (Jenama), Habib Ibrahim Habib menjelaskan, jualan bagi tahun ini disifatkan sebagai terbaik sejak ia mula beroperasi empat tahun yang lalu.

Katanya, berbanding tahun 2004, sebanyak 800 buah kereta Proton telah berjaya dijual dan kini mencecah kepada 4,450 pada akhir bulan Disember tahun lalu.

''Kami menjangka 2,200 kereta Proton dijual tahun ini manakala 4,000 kereta disasarkan untuk jualan tahun depan,'' jelas beliau.

Menurutnya, model tumpuan peminat kereta Proton di Mesir kini adalah daripada model Gen2.

Bagi model Persona yang bakal dilancarkan bulan depan pula adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan yang berkeluarga.

Tambah beliau, bagi model terbaru itu, Proton Egypt menjangkakan separuh daripada sasaran jualan bagi tahun 2009 adalah daripada model Persona.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.