saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/09/2008

MB Kedah turut tegur

YAN 7 Sept. - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan amalan 'menunjuk muka' kepada rakyat yang berdepan dengan kesusahan merupakan satu kewajipan kemanusiaan pemimpin bagi menzahirkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa mereka.

"Macam kita menziarahi orang sakit. Apa guna kita pergi ziarah orang sakit, (kerana) kita bukan doktor, kita bukan bagi ubat pada dia.

"Kita pergi melawat itu atas dasar simpati. Simpati itu adalah kewajipan kemanusiaan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Dewan Serbaguna Guar Chempedak di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia hari ini mengenai kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di Klang dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.

Azizan berkata, beliau sendiri sejak menjadi wakil rakyat sehingga dilantik sebagai Menteri Besar sentiasa turun padang untuk meninjau keadaan orang ramai yang berdepan musibah seperti bencana alam.

Menurutnya, adalah menjadi tugas beliau untuk menunjukkan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang mengalami kesusahan.

Katanya, dalam Islam sendiri pun terdapat hadis menyatakan bahawa "Allah S.W.T menolong hamba-Nya bila hamba itu menolong saudaranya."

"Kalau rumah orang itu sudah tiada, rumahnya runtuh atau kena ribut dan dia kena jaga rumah sehingga tidak boleh buat kerja lain, kita bagi bantuan beras kepadanya. Sekurang-kurangnya kalau bagi beras, dia boleh tumpu kepada kerja-kerja baiki rumah," katanya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Abdul Khalid yang menganggap perbuatan segelintir pihak yang memberi bantuan dengan menemui sendiri mangsa bencana merupakan satu gimik politik, Azizan berkata: "Terpulang pada niat... tapi tunjuk muka itu tanda simpati."

Menteri Besar Kedah itu, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan Abdul Khalid.

"Kita tak tahu maksudnya, mungkin maksud dia orang pergi melawat nak tengok (mangsa bencana) untuk seronok-seronok," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.