saya nak baca ..

KOTA


ARKIB : 08/09/2008

Mangsa ribut kecewa




KLANG 7 Sept. - Kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menganggap langkah turun padang untuk melawat mangsa ribut di beberapa kampung di daerah ini sebagai membuang masa dan membazir wang, mengundang rasa kecewa di kalangan mangsa bencana alam itu.

Beberapa mangsa yang ditemui hari ini turut menyifatkan beliau seorang pemimpin yang ego, pentingkan diri, tiada simpati dan tidak pandai menjaga hati rakyat yang telah memilih pakatan pembangkang sebagai kerajaan memerintah di Selangor.

Seorang mangsa ribut, Intan Mariam Mohd. Isa, 35, yang menetap di Sungai Udang di sini berkata, Abdul Khalid tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana sebagai pemimpin adalah menjadi tugasnya untuk turun padang dan mengambil tahu masalah rakyat.

Menurutnya, memang benar Abdul Khalid mempunyai wakil rakyat dan Exco tetapi jika orang harapannya itu tidak menjalankan tugas seperti yang diamanahkan dan memilih bulu dengan mengutamakan orang tertentu, beliau tidak akan tahu mengenainya.

Sebagai contoh, katanya, sewaktu ribut berlaku tiada wakil daripada kerajaan negeri yang datang menjenguk rumahnya apa lagi menghulurkan bantuan.

Intan Mariam memberitahu, pemimpin yang datang ialah rombongan daripada Kerajaan Pusat diketuai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib serta bekas-bekas pemimpin kerajaan Selangor pada hari kedua.

Malah, kata beliau lagi, semasa pengagihan bantuan dibuat oleh kerajaan negeri semalam bukan semua mangsa mendapat bantuan itu.

"Jadi kepada Menteri Besar, janganlah cakap sebarangan kerana dia baru muncul semalam dan tak tahu senario sebenar.

"Semasa bantuan diperlukan pada hari pertama dan kedua, di mana dia berada? Jika dia kata wakil rakyat dan Exconya ada, di mana mereka pada ketika itu kerana saya tidak nampak mereka," kata wanita itu sambil memberitahu enam atap rumahnya tercabut akibat ribut yang berlaku awal minggu ini.

Seorang lagi mangsa, Hamidah Ibrahim berkata, beliau begitu berkecil hati dengan kenyataan Abdul Khalid yang begitu yakin semua penyaluran bantuan telah diuruskan oleh wakil rakyat dan Exconya dengan baik.

Menurutnya, atap rumahnya di Jalan Yadi yang tercabut dalam kejadian ribut 1 September lalu sehingga kini belum dibaiki dan setiap kali hujan, rumahnya akan dimasuki air.

Lebih menyedihkan, dia masih belum mendapat bantuan daripada mana-mana pihak dan oleh kerana keadaan kewangan tidak mengizinkan untuk dia membaiki rumahnya, dia hanya mampu menunggu bantuan.

"Saya dah dua kali isi borang untuk mohon bantuan sejak kejadian ribut itu tetapi masih belum dapat. Bila ditanya kepada pegawai berkenaan, katanya borang saya hilang dan disuruh menunggu entah sampai bila.

"Jadi saya minta jasa baik Menteri Besar dan wakil rakyatnya agar membuat lebih banyak tinjauan untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

"Bukan mahu menuduh tetapi saya sedih apabila dianaktirikan seperti ini," katanya yang merupakan seorang suri rumah.

Suami Hamidah, Ismail Idris, 53, mengalami strok dan tidak berupaya untuk bekerja. Hamidah yang mempunyai tiga anak juga membela adiknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU). Mereka hanya hidup dengan wang pencen Ismail sebanyak RM800 sebulan.

Turut tidak mendapat bantuan ialah Azhar Mat Shah, 36, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Bumbung rumahnya rosak dalam kejadian ribut yang disifatkan paling teruk pernah berlaku di Kampung Telok Gadong Kecil di sini.

Menurut Azhar, apabila membaca akhbar dan mengetahui apa yang dikatakan oleh Abdul Khalid timbul rasa tidak puas hati, marah dan kecewa dalam dirinya.

"Tak patut Menteri Besar cakap macam itu. Dia sebagai pemimpin yang dipilih rakyat sepatutnya menghargai rakyat bukannya cakap seperti orang sombong," katanya.

Nasib Azhar dikongsi ibu saudaranya, Sarah Aji, 57, ibu tunggal yang tinggal bersama anak dan cucunya di Jalan Yadi di sini.

"Saya tak minta banyak tetapi tolonglah baiki atap rumah saya. Atap rumah saya memang telah uzur dan bila ribut, keadaan jadi lebih teruk.

"Malah, pokok kecil yang tumbang dan menimpa belakang rumah saya juga masih belum dialihkan," katanya.

Bagaimanapun, seorang lagi mangsa, Mohd. Amir Adnan, 40, yang bekerja sebagai peniaga murtabak meminta orang ramai agar memahami kesibukan tugas Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan menghormati apa yang dikatakannya.

"Apa yang dicakap oleh Abdul Khalid mungkin ada betulnya dan sebagai rakyat kita mesti faham tugas berat yang dipikulnya.

"Jika semua kerja dia nak buat nanti wakil rakyat dan Exco tak ada kerja pula," katanya yang membaiki rumah dengan wang nya sendiri.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zuhur 1:08
Asar 4:14
Maghrib 7:11
Isyak 8:19



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.