saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/09/2008

Meninggal di pangkuan ibu - Khadijah rakam gambar sendiri setengah jam sebelum kematian


Gambar terakhir yang dirakam oleh Allahyarham Khadijah Hanim dengan menggunakan telefon bimbitnya.


KLANG 10 Sept. - Pesakit paru-paru kronik yang mendapat bantuan Tabung Bantuan Perubatan (TBP) seumur hidup, Khadijah Hanim Mohamad Arif, 21, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Tun Dr. Ismail, Taman Sri Andalas di sini petang semalam.

Allahyarham Khadijah Hanim yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi dengan sempurna, meninggal dunia di pangkuan ibunya, Rashidah Zakiah M. Harun Fahmi, 56, kira-kira pukul 2.50 petang.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Lipat Kajang di sini pukul 10 malam tadi.

Menurut bapa Allahyarham, Mohamad Arif Samsudin, 61, anak keenamnya itu yang telah hampir sembuh dari penyakitnya hasil rawatan yang diterima, sempat memohon ampun dan maaf kepada ibunya pada sebelah pagi.

Katanya, Khadijah Hanim yang lebih mesra dipanggil 'Adik' juga seperti telah 'bersedia' dengan mengemas dan menyusun semua barang dalam biliknya serta membahagi-bahagikan barang-barang kesayangannya seperti mesin jahit dan televisyen mini kepada adik-beradik yang lain.

''Adik juga meminta katilnya yang bersaiz besar ditukar kepada yang lebih kecil agar biliknya lebih lapang.

''Dia juga kerap mengambil gambarnya sendiri dan mencetak gambar-gambar tersebut serta sempat membuat kuih-kuih raya pelbagai jenis.

''Malah setengah jam sebelum meninggal dunia dia sempat merakamkan beberapa keping gambarnya berpakaian serba putih menggunakan kamera telefon bimbit," cerita Mohamad Arif.

Mohamad Arif yang merupakan pesara Jabatan Imigresen memberitahu, walaupun merasa kehilangan yang amat sangat, beliau reda dengan pemergian Khadijah Hanim yang disifatkannya mempunya pelbagai kelebihan.

''Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk kerajaan pusat, Kementerian Kesihatan, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Kerajaan Selangor sebelum ini serta orang-orang perseorangan yang banyak membantu menghulurkan sumbangan serta pertolongan sepanjang Khadijah Hanim mendapatkan rawatan.

''Tidak lupa juga terima kasih kepada Utusan Malaysia serta media lain termasuk media elektronik yang banyak membantu Khadijah Hanim. Hanya Allah yang mampu membalas segala pertolongan yang diberikan," kata beliau.

Pada 31 Januari 2006, Utusan Malaysia menyiarkan kisah Mohamad Arif yang terpaksa menjual harta benda termasuk rumah bagi membiayai kos rawatan anaknya, Khadijah Hanim yang sudah menelan belanja kira-kira RM3.8 juta.

Ketika itu, Mohamad Arif benar-benar buntu kerana permohonannya untuk mendapatkan bantuan TBP telah tiga kali ditolak sedangkan rawatan anaknya yang menghidap penyakit paru-paru gagal berfungsi sempurna sejak berumur 7 tahun mencecah RM25,000 sebulan.

Setelah beberapa susulan dibuat oleh Utusan Malaysia dan hasil keprihatinan Kerajaan Pusat akhirnya pada 9 Mac 2006 Kementerian Kesihatan mengumumkan permohonan Mohamad Arif untuk mendapatkan bantuan TBP diluluskan.

Kelulusan itu melayakkan Khadijah Hanim menerima bantuan perubatan sepanjang hayatnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.