saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 11/09/2008

‘Thaksin tentukan siapa PM’ - Samak jadi pilihan utama namun pihak berpengaruh dalam PPP sukakan Somchai


gambar yang diedarkan semalam menunjukkan Samak memasak untuk anggota tentera sewaktu lawatan ke pangkalan tentera di wilayah Surin, utara Thailand. – AFP


BANGKOK 10 Sept. – Meskipun Samak Sundaravej terus menjadi pilihan utama untuk dilantik semula sebagai Perdana Menteri terdapat beberapa tentangan dalam parti pemerintah, Parti Suara Rakyat (PPP), yang lebih menyukai timbalannya, Somchai Wongsawat.

Keputusan akhir untuk menentukan siapakah bakal mengisi jawatan itu berkemungkinan besar dikatakan berada dalam tangan bekas Perdana Menteri yang disingkirkan, Thaksin Shinawatra.

Somchai adalah adik ipar Thaksin.

“Orang yang boleh memutuskan siapa yang akan menjadi Perdana Menteri berikutnya tiada dalam negara, beliau tinggal di luar negara.

“Semua orang menantikan bayangan daripadanya,” kata seorang Ahli Parlimen PPP hari ini, merujuk kepada Thaksin yang kini mendapat suaka di Britain.

Ahli Parlimen yang berasal dari wilayah Isan di timur laut Thai berkata, sungguhpun ramai anggota Parlimen dari Isan lebih menyukai Samak, satu kumpulan berpengaruh dari utara yang diketuai bekas Speaker Parlimen, Yongyuth Tiyapairat mahukan Somchai yang kini menjadi pemangku Perdana Menteri.

Beliau berkata, Newin Chidchob, seorang bekas menteri dalam kerajaan Thaksin tetapi ketika ini menjalani hukuman larangan lima tahun selepas parti Thai Rak Thai (TRT) dibubarkan tahun lepas kerana penipuan pilihan raya, adalah sekutu rapat Samak dan mempunyai penguasaan kukuh ke atas anggota Parlimen dari Isan.

“Kumpulan Yongyuth mahukan Somchai kerana beliau berasal dari utara.

“Selanjutnya, mereka mengemukakan alasan bahawa Samak mempunyai satu lagi kes tertangguh di mahkamah dan ini boleh menjejaskan parti serta kerajaan,” katanya.

Panel sembilan anggota Mahkamah Perlembagaan semalam membuat keputusan sebulat suara untuk melucutkan jawatan Samak selepas mereka mendapatinya bersalah melanggari Artikel 267 Perlembagaan 2007 itu dengan menjadi hos rancangan memasak semasa masih memegang jawatan.

Bagaimanapun, sabitan itu tidak menghalang beliau daripada dicalonkan semula oleh Parlimen yang akan bersidang pada Jumaat ini.

Beberapa anggota PPP dan pemimpin lima rakan gabungan bimbang sekiranya kerajaan mereka yang baru berusia tujuh bulan itu akan terjerumus dalam masalah yang lebih rumit jika Samak dipilih semula memandangkan beliau berdepan hukuman penjara 24 bulan dalam satu kes fitnah.

Beliau telah pun mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Jenayah yang mendapatinya bersalah memfitnah bekas Timbalan Gabenor Bangkok, Samart Ratchapolsitte.

Ahli Parlimen itu berkata, mereka juga bimbang bahawa Perikatan Rakyat untuk Demokrasi (PAD) yang menawan Rumah Kerajaan pada 26 Ogos dalam usaha untuk menyingkirkan Samak, akan meneruskan bantahan jika sama ada Samak atau Somchai dipilih memandangkan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat dengan Thaksin.

Oleh itu, katanya, mereka turut menimbangkan kemungkinan memilih Menteri Kehakiman, Sompong Amornwiwat sebagai calon kompromi, tetapi PPP menolak kemungkinan untuk memberikan jawatan itu kepada bekas Perdana Menteri dan pemimpin Parti Chart Thai, Banharn Silapaarcha.

PAD menganjurkan demonstrasi besar-besaran pada 2006 yang membawa kepada penyingkiran Thaksin, kini mendakwa Samak adalah proksi Thaksin.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.