saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/09/2008

MCA, Gerakan hormati keputusan UMNO

KUALA LUMPUR 10 Sept. - MCA dan Gerakan menghormati serta menerima keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang menggantung hak sebagai ahli Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, hari ini.

Walaupun hukuman tersebut dianggap ringan berbanding kesan yang tercetus ekoran kenyataan Datuk Ahmad Ismail itu, mereka berpuas hati dengan MT UMNO yang mendapati kenyataan Ahmad memang berunsur perkauman.

Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahmad benar-benar menimbulkan rasa tidak senang bukan sahaja di kalangan parti komponen tetapi juga kepada masyarakat Cina keseluruhannya.

''Saya bagaimanapun sedikit terkilan kerana tempoh tiga tahun itu terlalu ringan berbanding kenyataan yang dikeluarkannya.

"Bagaimanapun saya berterima kasih kepada UMNO kerana turut menganggap kenyataan Ahmad Ismail itu perkauman,'' katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut berharap tindakan juga akan diambil ke atas mereka yang bertindak mengoyak dan memijak gambar Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon pada mesyuarat baru-baru ini kerana insiden tersebut tidak seharusnya berlaku.

Menjawab sama ada Gerakan akan meminta Ahmad untuk meminta maaf secara terbuka kepada kaum Cina, Lian Hoe memberitahu, tidak guna Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera itu meminta maaf sekiranya beliau tidak ikhlas.

Beliau juga berpendapat sekiranya Ahmad benar-benar merasa bersalah dia perlu memohon maaf sebelum tindakan diambil.

Beliau juga menyatakan dengan hukuman yang dikenakan ke atas Ahmad, ketegangan antara parti-parti komponen akan reda dan akan menjadi contoh kepada yang lain agar tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung mana-mana pihak.

Naib Presiden MCA, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, beliau menghormati keputusan mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan oleh Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, hari ini.

''Saya berpuas hati dengan keputusan ini dan berharap isu ini tidak akan dibangkitkan lagi oleh mana-mana pihak pada masa hadapan," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap perkara itu dijadikan pengajaran kepada setiap pemimpin parti di semua peringkat supaya mereka lebih peka kepada isu-isu sensitif di negara.

''Bagaimanapun, saya masih berharap Ahmad Ismail akan memohon maaf atas kenyataan beliau kerana perbuatan tersebut secara tidak langsung telah menjejaskan keharmonian antara rakyat di negara ini," ujar beliau.

Sementara itu Ketua Pergerakan Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai juga bersependapat dengan Siang Chai bahawa isu-isu sensitif perlu diberi perhatian supaya ia tidak menjejaskan perpaduan di negara ini.

''Keputusan ini menunjukkan UMNO memandang serius terhadap kes berkenaan dan saya berharap tindakan seumpama ini juga akan dikenakan ke atas pemimpin-pemimpin yang cuba membangkitkan isu perkauman tanpa mengira parti politik.

''Tindakan tersebut juga menggambarkan BN merupakan sebuah gabungan parti politik yang sentiasa menjaga perasaan semua kaum," katanya.

Tiong Lai yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang memberi jaminan bahawa MCA negeri itu akan meneruskan hubungan baik dan kerjasama dengan UMNO Pulau Pinang pada masa akan datang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.