saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 12/09/2008

Trend jenayah ganas membimbangkan

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Kematian seorang suri rumah yang ditikam dan dikelar penjenayah di rumahnya di Shah Alam kelmarin adalah antara kes yang menunjukkan trend jenayah pecah rumah melibatkan kekerasan dan bunuh semakin membimbangkan kebelakangan ini.

Allahyarham Raja Noriana Raja Ahmad, 41, dari D’Kayangan, Seksyen 13, Shah Alam adalah mangsa terbaru trend penjenayah ganas itu yang akan direkodkan polis dalam statistik kematian akibat kes pecah rumah.

Tidak seperti dalam kes-kes seumpamanya beberapa tahun sebelumnya, kini penjenayah kes pecah rumah makin agresif dan bersenjatakan pistol automatik dan semiautomatik selain pisau serta parang.

Buktinya, pada 2 September lalu, enam orang yang ditembak mati iaitu empat di Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam dan dua lagi di Changlun, Kedah adalah penjenayah berbahaya yang diburu polis kerana terlibat banyak kes jenayah samun bersenjata dan pecah rumah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Mengikut statistik pula, 33,599 kes pecah rumah dilaporkan pada 2007 meningkat 4,727 kes berbanding 28,872 kes pada 2006, manakala sehingga sembilan bulan pertama 2008, polis tidak menolak kemungkinan angkanya akan terus meningkat.

Menyedari peningkatan kes pecah rumah dan trend menggunakan kekerasan termasuk membunuh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang ditemui Utusan Malaysia semalam, mengakui ia suatu cabaran kepada pasukan polis.

Jelasnya, penjenayah sekarang terutama melibatkan penjenayah warga asing merupakan golongan yang kejam, rakus dan begitu berani bertindak liar di luar jangkaan polis dan mangsa, iaitu tidak sama seperti penjenayah dahulu.

Beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan penjenayah yang aktif di negara ini mempunyai hubungan dengan kumpulan lain di negara asal mereka.

“Trend penjenayah termasuk dalam kes pecah rumah sekarang ialah mengikat, mendera dan seterusnya membunuh mangsa, malah ada yang sanggup mencincang dan membakar mangsa bagi menghapuskan bahan bukti.

“Tindakan mereka ini kejam dan polis akan sentiasa meningkatkan prestasi serta kecekapan dalam menangani cabaran berdepan dengan penjenayah,” katanya.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi kes pecah rumah, Selangor merekod jumlah tertinggi pada 2007 iaitu 8,798 kes pada 2007 diikuti Kuala Lumpur (3,846 kes), Johor (3,205 kes), Kedah (2,356) dan Sarawak (2,233 kes).

Ditanya mengenai kes-kes jenayah pecah rumah yang semakin meningkat, Mohd. Bakri mengulangi bahawa ia banyak dipengaruhi oleh sikap dan kecenderungan golongan penjenayah menjadi lebih agresif.

Menurutnya, pada masa yang sama, para penjenayah ingin mengaut untung serta habuan dengan cara yang mudah dan lumayan walaupun terpaksa mengorbankan nyawa mangsa.

“Penjenayah tidak kira sama ada perbuatan mereka betul atau tidak, asalkan dapat duit dengan mudah dan banyak,” katanya.

Mohd. Bakri menegaskan, peningkatan statistik dan kecenderungan penjenayah menggunakan kekerasan kes-kes pecah rumah bukan menggambarkan kegagalan polis.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh polis dalam membanteras jenayah di negara ini, kita melihat ini sebagai cabaran yang perlu dihadapi polis dengan bersungguh-sungguh terutama apabila penjenayah kini menggunakan senjata berbahaya.

“Kita juga berharap orang ramai akan bekerjasama akrab dengan polis dengan memberi banyak maklumat bagi membolehkan usaha mengurangkan kegiatan jenayah lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Bakri memberitahu, sebagai usaha mengurangkan kes-kes jenayah pecah rumah, polis kini kini giat meningkatkan rondaan di sekitar kawasan perumahan.

“Walaupun ia tidak menjanjikan pengurangan kadar jenayah pecah rumah kepada tahap sifar, tetapi kita yakin kekerapan rondaan dan operasi tentunya dapat membantu mengawal jenayah itu,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.