saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/09/2008

Tarikh peralihan kuasa tidak perlu dibangkit – PM

PUTRAJAYA 12 Sept. – Pelan peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi negara yang dipersetujui Kabinet dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Jun 2010 adalah muktamad dan tidak perlu dibangkitkan lagi, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri menegaskan, tumpuan utama beliau sekarang adalah untuk memastikan kestabilan politik dipertahankan supaya kerajaan dapat memberi perhatian kepada usaha menyelesaikan segala masalah rakyat.

Beliau berkata, maklum balas yang diterimanya mendapati rakyat sudah bosan dengan cerita-cerita politik yang tidak pernah selesai.

Perdana Menteri turut menjelaskan formula peralihan kuasa itu dicapai hasil perbincangan dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ketika itu wujud kegelisahan seolah-olah tiada kestabilan politik menyebabkan UMNO perlu menetapkan satu pendirian.

“Para pemimpin parti telah pun mendengar dan perakuan diperoleh. Apabila dimaklumkan, Kabinet pun setuju, jadi itu membawa (kepada) keadaan yang mententeramkan,” kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Khazanah Nasional di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Beliau menambah: “Maka saya tidak nampak apa-apa wajar untuk buka balik cerita ini. Kalau buka balik cerita ini, berkempen-kempenlah pergi berarak sana berarak sini, cakap bahagian ini, cakap bahagian itu.

“Ada yang gesa ditetapkan seperti yang diputuskan, ada menggesa supaya mesti dipendekkan, macam-macam dicerita baliklah.”

Perdana Menteri mengulas kenyataan Najib hari ini mengenai pelan peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Guangdong-Malaysia di ibu negara pagi ini, Najib menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa perlu dilakukan.

Menurut Najib, dalam perjumpaannya dengan ketua-ketua UMNO bahagian, beliau menyatakan pelan itu mesti mendapat sokongan daripada bahagian-bahagian UMNO khususnya dalam persidangan perwakilan parti itu pada tahun ini.

Rabu lalu, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kedua-dua pemimpin itu menimbangkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh itu terlalu lama.

Berikutan itu, Abdullah melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Muhyiddin kerana tarikh peralihan kuasa yang diputuskan Julai lalu dipersetujui oleh MT UMNO serta Kabinet.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.