saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/09/2008

Isu peralihan kuasa dari suara rakyat - Muhyiddin

MUAR 12 Sept. - Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, saranan beliau berhubung pelan peralihan kuasa dalam pucuk pimpinan kerajaan dan parti adalah datang daripada suara rakyat yang harus disampaikan demi untuk mengukuhkan parti yang kini menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luar.

Beliau berkata, apa yang disuarakan itu bukanlah satu perkara yang luar biasa, sebaliknya ia adalah luahan daripada mereka yang berada di luar termasuk ahli-ahli UMNO dan rakyat biasa yang melihat kerajaan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam zon yang tidak selamat.

Menurutnya, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 Mac lalu, pelbagai masalah telah dihadapi termasuk kelemahan dalam parti, penolakan rakyat terhadap kemampuan BN selain ancaman daripada pihak-pihak luar.

''Saya hanya meluahkan pandangan yang perlu dinyatakan tentang isu ini. Bagi saya, siapa yang berani suarakan sesuatu perkara yang hak, kenapa kita perlu takutkan.

''Sekiranya saya tidak menyuarakan perkara ini ketika situasi rakyat mula berasa bimbang (dengan keadaan yang kita hadapi), ini bermakna saya tidak melaksanakan tanggungjawab saya, biarpun mungkin ada pihak yang tidak berasa senang hati,'' katanya.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa kawasan Dewan Undangan Negeri Jorak di Masjid Jamek Kampung Panjang Sari, Pagoh dekat sini malam ini.

Kelmarin, Muhyiddin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Beliau ketika mengeluarkan kenyataan tersebut di Singapura mendakwa, pelan peralihan yang telah diumumkan dua bulan lalu itu kini telah 'tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Perdana Menteri semalam melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh Muhyiddin kerana pelan peralihan kuasa itu bukan sahaja dipersetujui oleh Kabinet, tetapi juga Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Mengulas lanjut, kata Muhyiddin, apa yang penting sekarang ialah bagaimana kaedah terbaik untuk menguatkan kembali parti dalam menghadapi pelbagai cabaran dan berada dalam zon yang tidak selamat.

''Sebab itu, saya suarakan supaya pemimpin UMNO termasuk saya sendiri sedar bahawa kita sekarang berada dalam zon yang tidak selamat walaupun pelbagai usaha telah kita lakukan,'' katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika ditanya mengenai kenyataan Najib semalam supaya sebarang perubahan dalam pelan peralihan kuasa itu sepatutnya ditentukan melalui mesyuarat UMNO bahagian, beliau berkata, cadangan itu juga perlu diambil kira.

''Kita boleh susun (pelan peralihan kuasa), tetapi adakah ahli-ahli UMNO atau rakyat terima atau tidak? dan ia menjadi satu keadaan yang perlu dipandang serius dan bukannya dipandang ringan,'' katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.