saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 13/09/2008

Peralihan kuasa perlu ditentukan bahagian - Najib

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peralihan kuasa antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seharusnya ditentukan melalui mesyuarat tahunan bahagian UMNO.

Menurut beliau, selepas itu barulah perkara tersebut dibawa untuk diputuskan dalam Perhimpunan Agung UMNO, Disember ini.

Bagaimanapun, kata beliau, semua sedia maklum bahawa pelan peralihan kuasa itu diputuskan pada Julai lepas oleh Perdana Menteri dan beliau sendiri serta disahkan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

''Dalam ucapan pada perjumpaan dengan UMNO bahagian, saya telah menyatakan bahawa pelan peralihan ini mestilah mendapat sokongan bahagian-bahagian UMNO khususnya dalam mesyuarat perwakilan pada tahun ini.

''Oleh itu, kerana UMNO adalah parti yang mengamalkan prinsip demokrasi maka perkara ini hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli parti melalui proses dalaman parti iaitu mesyuarat tahunan dalam bahagian-bahagian dan seterusnya Perhimpunan Agung,'' kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa peralihan kuasa antara dua pemimpin tertinggi UMNO itu perlu disegerakan.

Najib ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Perniagaan Guangdong China-Malaysia 2008 di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Muhyiddin yang disifatkan beliau sebagai bertentangan dengan keputusan bersama yang dibuat sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, kerajaan BN tidak bimbang dengan kesediaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemui 49 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Taiwan yang sedang melakukan lawatan sambil belajar di sana untuk memujuk mereka melompat parti.

Najib berkata, pihak media tidak sepatutnya terpedaya dengan permainan politik Anwar yang bermacam-macam.

''Dia boleh pergi ke mana pun, ke Antartika pun tak apa... saya tidak fikir ahli-ahli BN nak melompat parti,'' katanya yang turut menyatakan tidak perlu ada usaha untuk menghalang pertemuan Anwar dengan Ahli Parlimen BN di Taiwan kelak.

''Dia tahu apa nak buat. Tak payah kita nak halang apa-apa. Mereka (Ahli-Ahli Parlimen BN) tidak ada keinginan nak lompat parti,'' ujarnya.

Ketika mengulas mengenai berita bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu menyertai semula UMNO, Najib berkata, parti belum menerima permohonan rasmi daripada beliau.

''Dr. Mahathir merupakan pemimpin bangsa dan seorang yang amat dihormati tetapi kami belum terima permohonan rasmi daripadanya,'' kata beliau.

Berhubung kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa penyertaan semula Dr. Mahathir ke dalam UMNO sebagai berita baik kepada pembangkang, Najib berkata, ia adalah satu kenyataan nakal.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.