saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/09/2008

Ali Rustam sokong pandangan Najib

MELAKA 12 Sept. - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyokong pandangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tarikh peralihan kuasa diputuskan oleh ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, apa yang disebut oleh Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO itu adalah sesuai berlandaskan kepada perlembagaan parti.

''Cadangan Majlis Tertinggi (MT) UMNO berkenaan peralihan kuasa adalah munasabah, tetapi ahli-ahli parti sememangnya mempunyai hak memutuskannya dalam mesyuarat agung bahagian masing-masing," katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media di sini petang ini.

Kelmarin, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan agar tarikh peralihan kuasa pucuk pimpinan kerajaan dan parti dikaji semula memandangkan tarikh asal yang dijadualkan pada tahun 2010 terlalu lama.

Semalam, Najib dilaporkan telah menyerahkan kepada ahli-ahli UMNO untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada beliau.

Najib berkata, pelan peralihan kuasa yang diputuskan Julai lepas telah disahkan oleh MT.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis itu, Mohd. Ali membidas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terus 'mengejar' Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sehingga ke Taiwan semata-mata untuk 'membeli' mereka agar menyertai pembangkang.

Beliau berkata, Anwar jelas sekali tidak demokratik dan membelakangkan demokrasi memandangkan rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk menerajui negara pada pilihan raya umum lalu.

''Perbuatan beliau juga memalukan negara. Tidak pernah ada mana-mana pemimpin dalam dunia yang sanggup 'mengejar' Ahli Parlimen lain untuk membentuk kerajaan dan menjadi Perdana Menteri," katanya.

Jelas Mohd. Ali, tindakan Anwar juga menyebabkan Ahli-Ahli Parlimen BN hilang privasi dan tidak dapat menjalankan tugas mereka kepada rakyat kerana asyik diganggu oleh pihak pembangkang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:22
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.