saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/09/2008

Pucuk pimpinan harus dengar suara akar umbi

PUTRAJAYA 12 Sept. - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pucuk pimpinan UMNO seharusnya mendengar suara ahli di peringkat akar umbi dalam menentukan hala tuju dan kepimpinan parti itu.

Beliau berkata, ahli di peringkat akar umbi yang akan menentukan kedudukan parti sama ada ketika melalui pilihan raya umum atau berdepan dengan isu kritikal yang menyentuh bangsa Melayu.

''Seorang atau dua (pemimpin) tidak akan menentukan kedudukan parti kerana yang penting adalah ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi.

''Kalau suara datang dari akar umbi, tidak kiralah apa Majlis Tertinggi (MT) cakap, apa pucuk pimpinan cakap, akhirnya kita kena dengar kepada suara mereka di bawah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Suruhanjaya Kebangsaan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNESCO) Ke-35 di sini hari ini.

Kelmarin, Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Muhyiddin mendakwa, pelan peralihan yang diumumkan dua bulan lalu itu kini telah 'tenggelam' dan rakyat tidak lagi memikirkan mengenainya.

Hishammuddin berkata, apa-apa perubahan yang ingin dilakukan terhadap keputusan yang telah dibuat oleh MT, ia perlulah kembali kepada majlis tersebut.

''Jika ada berlaku perubahan, ia sewajarnya kembali kepada MT untuk dibincangkan," katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kesediaan Tun Dr. Mahathir Mohamad memasuki UMNO semula, beliau berkata, ia amat dialu-alukan jika dapat menyatu padu dan memperkukuhkan kedudukan UMNO.

''Dengan kesanggupan beliau kembali kepada UMNO, tidak kiralah apa yang pembangkang nak kata tetapi paling penting adalah apa yang akan berlaku pada UMNO sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.