saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/09/2008

TPM buka lembaran baru soal peralihan kuasa

IPOH 12 Sept. - UMNO Bahagian Kampar hari ini menyifatkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyerahkan kepada semua UMNO bahagian memutuskan soal peralihan kuasa sebagai membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan parti.

Ketuanya, Datuk Mohd. Radzi Manan berkata, kenyataan itu juga membawa maksud Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO tiada halangan dicalonkan sebagai presiden parti.

Katanya, ia juga sebagai membuka lembaran baru dalam proses pemilihan kepimpinan supaya UMNO membuat keputusan yang tepat demi menyelamatkan parti agar kembali diterima rakyat.

''Saya mengalu-alukan dan menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden UMNO itu yang menyerahkan keputusan pelan peralihan kuasa kepada akar umbi yang dibuat melalui setiap UMNO bahagian.

''Pelan peralihan kuasa adalah satu cadangan daripada Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan bukanlah sesuatu yang wajib dituruti oleh akar umbi.

''Ini membolehkan peringkat akar umbi mencalonkan sesiapa sahaja yang difikirkan layak untuk mengisi jawatan tertinggi parti.

''Kenyataan ini juga tidak menyebelahi mana-mana pihak dan juga tidak menyalahi mana-mana peraturan dan perlembagaan parti," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim di sini hari ini.

Mohd. Radzi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib hari ini bahawa beliau menyerahkan kepada ahli-ahli untuk menentukan soal peralihan kuasa.

Najib berkata, dalam perjumpaannya dengan ketua-ketua UMNO bahagian, beliau telah pun menyatakan bahawa pelan itu mesti mendapat sokongan daripada UMNO bahagian khususnya dalam persidangan perwakilan tahun ini.

Sementara itu, Rusnah berkata, kenyataan Najib itu telah lama dinanti-nantikan oleh UMNO bahagian.

Katanya lagi, kenyataan itu membawa maksud tempoh peralihan kuasa bukan ditentukan oleh pemimpin itu sendiri.

''Ini bermakna peralihan kuasa itu ditentukan oleh ahli-ahli UMNO itu sendiri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:59
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.