saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 13/09/2008

Rafidah sedia bertemu Abdullah secara tertutup

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz bersedia untuk bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secara tertutup bagi menyampaikan hasrat rakan-rakan seperjuangan lain dalam UMNO.

Beliau berkata, bagaimanapun pertemuan tertutup terutama dalam bentuk mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO adalah cara terbaik untuk menyatakan hasrat masing-masing daripada membuat desakan terbuka mengenai kepimpinan negara.

''Jangan bercakap di luar negara mengenai kepimpinan kita. Ini soal pemimpin Melayu, pemimpin negara.

''Macam mana marah atau tidak suka sekalipun jangan menjatuhkan maruah orang,'' jelas beliau.

Rafidah berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa Wawasan Warisan Wanita (Warista) di Kelab Diraja Selangor di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan menggesa Abdullah supaya memikirkan semula tarikh peralihan kuasa yang dijadualkan pada 2010 kerana tempoh tersebut terlalu lama.

Jelas Rafidah, walau apa pun perasaan hati masing-masing tentu sekali perkara seperti itu boleh dibincangkan dalam majlis tertutup.

''Kita ada mesyuarat MT sebulan sekali, jadi bawalah dalam MT.

''Apapun yang berlaku jangan lupa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah Perdana Menteri kita,'' kata Rafidah.

Tambah beliau, belum berlaku dalam sejarah negara Perdana Menteri diruntun atau ditarik turun.

''Jika dibincang hati ke hati mungkin kita dapat sampaikan apa yang dihadapi di peringkat bawahan,'' katanya.

Oleh itu, tambah Rafidah, perkara itu patut disampaikan dalam majlis tertutup supaya semua pihak boleh menilai dan fikir dengan mendalam.

''Desakan terbuka tentu sekali menimbulkan rasa serba salah.

''Bagi saya, kita harus ada pertukaran pemimpin dengan berhemah dan tatatertib,'' katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kesediaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyertai semula UMNO, Rafidah berkata, beliau mengalu-alukan langkah itu.

''Dr. Mahathir merupakan negarawan ulung dan beliau dapat memberi panduan bagaimana untuk memulihkan semangat UMNO.

''Saya berharap apa juga yang sebabkan beliau tinggalkan UMNO dapat diketepikan demi kepentingan parti,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 6:00
Zohor 1:22
Asar 4:24
Maghrib 7:25
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.